OLEH DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Penjelasan yang dibuat oleh TPM atas isu RM2.6 bilion di Parlimen
sebenarnya tidak menjelaskan apa-apa yang boleh membantu merungkaikan
segala kekalutan, kekusutan dan keraguan rakyat Malaysia terhadap PM
Najib dalam isu penerimaan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
Penjelasan ringkas Zahid yang tiada penjelasan betulkah RM2.6 bilion itu
derma dan siapakah penderma.
2. Penjelasan yang tanpa
menjelaskan itu sebenarnya terus meninggalkan persoalan demi persoalan
yang cenderung mengesyaki bahawa PM Najib melakukan kesalahan rasuah dan
salahgunakuasa menerima suapan daripada pihak yang menjadi rahsia.
3. Apakah TPM sengaja memberikan penjelasan yang bertujuan untuk Najib
terus dipersoalkan rakyat? Apakah ini juga sebagai signal untuk
perwakilan Umno pada PAU minggu depan jangan menjadi tunggul sebaliknya
menekan Najib untuk berundur daripada jawatan Presiden Umno dan PM?
Semua ini terus menjadi tanda tanya di sebalik rahsia besar Skandal
RM2.6 bilion.
4. Apa pun terima kasih kepada TPM Dato'Zahid di
atas penjelasan isu RM2.6 bilion yang terus menambah persoalan tanpa
penyelesaian.
SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Isu RM2.6 BILION - Penjelasan Yang Tiada Penjelasan
Written By Wadah Baru on Ahad, 6 Disember 2015 | 4:45 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan