Siri tragedi pengemboman di beberapa kota dunia – Istambul, Paris dan yang terbaru di Jakarta pada 14hb. Januari 2015,adalah amat mendukacitakan dan dikesali. Ia adalah tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan tata susila semua agama.
Justeru, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agma (BiPPA) KEADILAn, mendokong sepenuhnya kenyataan rasmi Dato Seri Anwar Ibrahmi (Ketua Umum KEADILAN) dan Dato Sri Azmin Ali (YAB Menteri Besar Selangor) merangkap Timbalan Presiden keADILan.
Sesungguhnya, BiPPA ingin mengulangi pandangan majoriti masyarakat antara bangsa, bahawa permasalahan keganansan ini perlu ditangani secara komprehensif, menyeluruh dan bersepadu. Ia tidak mungkin diselesaikan melalui pendekatan jangka pendek, ‘adhoc’ dan bersifat reaktif semata-mata. Kita wajib mencari prinsip dan kaedah imperatif untuk membenterasnya.
Justeru, kami ingin mengangkat pandangan Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, yang telah mengemukakan langkah-langkah yang praktis (sila lihat al-Qaradawi, “Qira’h fi Waqi’ al-Ummah fi al Fatrah al-Akhirah” (Menela’ah Realiti Umat Dalam Waktu Mutakhir), Kaherah: 2009, ms.36).
Menurut beliau, untuk membanteras eksremisme, hendaklah bermula dengan kajian mendalam ke atas diri dan peribadi pengganas. Lazimnya mereka ini terlalu taksub dengan sesuatu ideologi yang dianuti. Ia juga berlaku akibat dari kefahaman yang janggal dan tercemar mengenai agama Islam. Ekremisme juga berlaku akibat daripada penindasan, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku di beberapa negara Islam tertentu, terutama di Timur Tengah. Kesemua faktor seperti inilah yang melahirkan kelompok ekstrimis yang sangat tegar berpegang dengan prinsip kekerasan (al-‘unuf)..
Maka itu, perang keatas keganasan fikiran dan fizikal ini, tidak memadai dengan menggunakan senjata semata-mata. Ia memerlukan kajian mendalam, perancangan teliti, hikmah, istiqamah dan kesabaran. Kita juga berkeyakinan bahawa, seandainya fahaman dan amalan demokrasi - kebebasan, keadilan, ketelusan pemerintahan – dipraktiskan secara berkesan, kelompok masyarakat yang berilmu, matang dan bijaksana akan meluas dan berkembang. Unsur-unsur yang bersifat tegar dan ganas akan dapat dibanteras dan disekat.
Sesungguhnya, negara kita Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara lain, memang selama ini dikenali sebagai rantau damai dan aman. Amalan Islam yang bersifat wasatiyyah dan sederhana telahpun dihayati dan diamalkan sejak dari awal perkembangannya. Justeru, iklim dan budaya seperti ini hendaklah disuburkan dan dikekalkan.
Sehubungan ini, BiPPA menggesa semua pihak, terutama pihak berkuasa di negara ini supaya merujuk semula pandangan ilmuan-ilmuan Islam dalam menangani gejala keganasan ini. Umpamanya, karya-karya Shaikh Yusuf al-Qaradawi (Tokoh Ma’l Hijrah negara) seperti Fiqh al-Jihad (2 Jilid) dan al-Wasatiyyah (kesederhanaan), amat relevan dijadikan rujukan utama.
Sesungguhnya, Islam menolak faham ekstrimisme agama (al-ghuluwwu). Junjungan Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih: : “Binasalah golongan yang bersangatan (al-mutanattiu’un) dalam sesuatu perkara.”
BiPPA berpendirian, gejala keganasan ini adalah amat serius dan ancaman besar kepada negara dan agama. Justeru, kami menyeru kepada semua pihak - institusi politik, agama, keselamatan, tentera, pendidikan, sosial, NGO dan lain-lain kelompok yang relevan - untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha membenterasnya.
YB Senator Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) keADILan
15/1/2015
Email: dr_manuty@hotmail.com
Tel: 019 - 3328302
Keganasan Di Jakarta : Perlunya Langkah Praktis Bendumg Gerakan ‘IS’
Written By Wadah Baru on Sabtu, 16 Januari 2016 | 3:15 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan