Home » , » Siapa yang musnahkan legasi Tun Razak?

Siapa yang musnahkan legasi Tun Razak?

Written By Wadah Baru on Isnin, 18 Januari 2016 | 2:16 PTG

Oleh Mazlan Aliman

Felda Ulu Tebrau, tidak henti2 menjadi sasaran pihak tertentu kononnya untuk dimajukan. Saya
pernah didatangi broker yang menjadi orang tengah syarikat tertentu sekitar hujung 90an untuk membangunkan Felda Ulu Tebrau sebagai Bandar Baru. Saya menentang keras dan mengingatkan mereka agar menghentikan usaha menggadai tanah orang melayu. Alhamdulillah, ia tidak menjadi kenyataan. Jika tidak mungkin senasib seperti Felda Cahaya Baru dan Sg Buaya.

Malam tadi saya hadir dalam majlis penaja AMANAH di Felda Ulu Tebrau. Bila timbul persoalan nasib orang melayu, kepimpinan melayu dan kebimbangan kepada DAP; saya memberi contoh Felda. Siapa yang menggagaskan Felda dan memberi tanah 10 ekar kepada 112,635 orang peneroka Felda yang mana 95% adalah melayu?

Ia jasa Tun Razak dan pemimpin terdahulu. Khidmat bakti pemimpin Felda seperti Tan Sri Taib Andak, Raja Alias dll.


Namun, hari ini apa nasib peneroka Felda?

Mana dia hasil kejayaan FGV seperti yang di gembar gemburkan?

Tanah 360,000 hektar pun akhirnya di pajak FGV selama 99 tahun, walhal ia menjana pendapatan berbilion ringgit dan menjadi backup utama kepada Felda.

Siapa yang musnahkan legasi Tun Razak?

Melayu atau Cina?

Dari dulu sampai hari ini, Umno yang menjadi tonggak pemerintahan negara ini. Perdana Menteri, Tim Perdana Menteri, sebahagian besar menteri kabinet, Menteri Besar, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Jabatan adalah orang melayu.

Pengerusi Felda & CEO Felda pun melayu.

Negara ini berada pada tahap kritikal di tangan pemimpin melayu yang berkuasa. Mengapa kita salahkan bangsa lain sedangkan pemimpin bangsa kita sendiri yang korup!

Tahniah buat Hj Mohd Noor Hj Husin, sebagai Ketua Penaja AMANAH Felda Ulu Tebrau. Syabas kepada Sdr Syafie Mohd Som, anak peneroka yang mewakili Gen 2 yang serahkan borang menyertai AMANAH. Juga kehadiran sdr Azhari, Hj Razali, Azmi dan ramai rakan rakan.
Moga usaha kita diberkati Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger