Tahniah! Buat Timbalan Ketua Pemuda Pas kerana berani berterus terang. Sekurang-kurangnya beliau telah menyatakan hasrat yang terpendam di hatinya yang mungkin juga 'hear say' atau telah ada perbincangan di peringkat tertinggi ke arah itu.
Atau mungkin juga hanya perang saraf bagi tujuan untuk menakut-nakutkan Amanah, DAP dan PKR supaya lebih tunduk dan akur dengan pelbagai kerenah serta tekanan dari pihak Pas terutama dalam menghadapi isu Ahli Majlis Selangor.
Nampaknya Pas telah mengorak langkah yang lebih drastik kearah yang lebih jelas. Pas sama sekali tidak menghormati PKR yang di katakan rakan kongsi yang masih kekal. Mungkin kerana sudah dapat gading bertuah(Umno) maka tanduk(PKR) tidak berguna lagi.
Sepatutnya pihak PKR terutamanya Azmin sudah mula memikirkan hala tuju yang lebih jelas bersama Pakatan Harapan(PH) daripada menunggu Pas yang bagaikan menanti buah yang tidak tahu bila akan gugur.
Rakyat sudah sinonim dengan sistem dua parti di dalam menghadapi PRU. Biarlah berlaku 15 penjuru sekali pun tetapi tumpuan rakyat hanyalah kepada dua ikatan parti yang terbesar iaitu BN dan PH.
Sejarah telah membuktikan bagaimana PRK DUN Bukit Selambau 2009 ditandingi oleh 15 orang calon tetapi yang menjadi tumpuan ketika itu ialah BN dan Pakatan Rakyat (PR).
Begitu juga dengan pertandingan 3 penjuru PRU-13 di DUN Sg Acheh yang melibatkan BN, Pas(Yusni Mat Piah) dan PKR (Chegu Bard). Kesudahannya pihak Pas hanya mampu meraih 600 undi.
DUN Kota Damansara juga berlaku kejadian yang sama iaitu pertarungan 3 penjuru. Tumpuan pengundi tetap kepada dua kelompok parti terbesar. Mungkin kita boleh memperkatakan tentang Pas yang ketika itu menjadi kacau daun dalam usaha PR meraih kemenangan.
Harus di ingat pada ketika itu rakyat sukar untuk membezakan Pas kerana mereka masih lagi kekal sebagai anggota komponen PR. Keadaan yang sama sekarang tidak akan sama seperti dahulu kerana sudah di ketahui pengundi terkini bahawa Pas bukan lagi anggota kelompok pembangkang PH.
Kerana itulah juga pihak Amanah, DAP dan PKR harus menjalinkan ikatan gerakerja yang lebih kukuh dibawah seketeriat bersama Pakatan Harapan di pelbagai peringkat samada di peringkat Nasional, Negeri mahupun Parlimen.
Jika inilah yang berjaya di lakukan, maka bukanlah mustahil PH akan berjaya meneraju PRU 14 berbanding dengan Umno-BN yang kini sedang bergelora menghadapi krisis kepimpinan yang meruncing.
Kepada pihak PKR terutamanya Azmin, menanti Pas bersama PH tidak ubah seperti menanti kucing bertanduk. Telah kita perkatakan sebelum ini Pas kini sudah bahagia bersama Umno untuk bekerjasama. Semua langkah penting telah mula di jalankan oleh pimpinan Pas untuk meyakinkan ahli serta penyokong Pas perihal pentingnya kerjasama Pas-Umno ini.
Langkah paling bijaksana amat diperlukan oleh para pimpinan PH kerana anda mampu mencorakkan dimensi baru arus perdana politik Malaysia.
Admin
~UAA SUPPORTERS
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=27524
Terus Terang , 'Hear Say' , Perbincangan Atau Saraf
Written By Wadah Baru on Selasa, 5 Januari 2016 | 4:02 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan