Home » , » Berubahlah Najib, ulangi Tun M

Berubahlah Najib, ulangi Tun M

Written By Wadah Baru on Isnin, 22 Februari 2016 | 9:49 PG

PETALING JAYA: Genap 40 tahun penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam
dunia politik.

Pemimpin paling lantang mengkritiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pesanan khas kepada beliau dengan mengulangi desakan supaya Najib berubah dalam mentabdir negara ini.

Katanya, prestasi Najib sangat jauh ketinggalan berbanding bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada Perdana Menteri kerana dia adalah anak kepada seorang bekas Perdana Menteri yang sangat berjasa.

“Tetapi saya dapati prestasinya sekarang ini sangat berbeza. Saya harap dia kembali kepada cara-cara ayahnya kerana ayahnya menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Let,s Read The Quran (LRTQ) 2016 di sini

Dr Mahathir berkata, jika Najib mahukan perubahan, beliau perlu kembali kepada perjuangan asal iaitu membangunkan negara untuk kesejahteraan rakyat, seperti yang dilakukan bapanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger