Oleh Amin Iskandar
Filipina baru sahaja menyambut ulang tahun ke 30 “People Power Revolution” atau revolusi
kebangkitan rakyat menjatuhkan regim Presiden Ferdinand Marcos yang berkuasa selama lebih 20 tahun.
Semasa pemerintahannya, Marcos terkenal dengan pemerintahan kuku besi dan rasuah.
Untuk mengukuhkan kekuasaannya, Marcos mengisytiharkan darurat dari 1972 sehingga 1981.
Isterinya, Imelda seorang yang boros berbelanja. Selain gemar mengumpul
kasut, beliau juga membelanjakan banyak wang negara untuk meningkatkan
imej suaminya.
Di era Marcos, ramai penentangnya dipenjarakan. Ini termasuklah pemimpin politik pembangkang, wartawan dan aktivis mahasiswa.
Kemuncaknya ialah pembunuhan tokoh pembangkang, Benigno “Ninoy” Aquino
pada 21 Ogos 1983 sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Manila selepas hidup dalam buangan selama beberapa tahun di Amerika
Syarikat (AS).
Kematian Ninoy membangkitkan kemarahan rakyat Filipina. Jutaan rakyat menghadiri pengebumiannya.
Isterinya Corazon “Cory” Aquino diangkat menjadi tokoh pembangkang dan
didesak rakyat untuk menjadi calon presiden bagi melawan Marcos dalam
pilihan raya mengejut pada Februari 1986.
Cory hanya bersetuju menjadi calon untuk melawan Marcos selepas sejuta tandatangan menyokong pencalonannya didapatkan.
Cory berjaya mengalahkan Marcos dalam pilihan raya itu akan tetapi
badan penggendali pilihan raya Filipina mengumumkan keputusan
sebaliknya.
Rakyat Filipina akhirnya memilih untuk turun ke jalan raya selepas
tidak percaya keputusan keputusan pilihan raya yang sekali lagi
memenangkan Marcos.
Demonstrasi besar-besaran di Manila bermula 22 Februari 1986 akhirnya memaksa Marcos mengaku kalah.
Diktator itu akhirnya meletakkan jawatan pada 25 Februari 1986 dan meninggalkan Filipina untuk ke Hawai, AS.
Pemerintahan ala Marcos?
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kerajaan
pimpinannya tidak bersifat kuku besi dan mengamalkan “dictatorship”,
sebaliknya menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen.
"Setiap 5 tahun kita kembalikan kepada rakyat untuk pilih kerajaan yang
dikehendaki rakyat. Tetapi antara 2 pilihan raya (umum) kita kena jaga
kestabilan politik.
"Alhamdulillah kerajaan yang ada mempunyai majoriti yang mencukupi.
Sesiapa yang uar-uarkan kerajaan akan tumbang, apa yang mereka dakwa itu
(tidak menjadi), apabila belanjawan negara tahun lepas diluluskan di
Parlimen dengan majoriti yang besar.
“Begitu juga rang undang-undang lain juga boleh diluluskan di Parlimen. Kita tak bimbang dari segi kestabilan politik," katanya di Kuala Lumpur semalam.
Najib mengeluarkan kenyataan itu tidak berapa lama selepas pentadbirannya menyekat portal berita The Malaysian Insider menggunakan alasan “keselamatan negara”.
Sementara pada Jumaat, Umno yang dipimpin Najib menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
kerana kritikal dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya
dan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Awal bulan ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga kritikal terhadap pentadbiran Najib disingkirkan daripada jawatan menteri besar Kedah.
Umum mengetahui di antara sebab utama penyingkiran Mukhriz ialah kerana
ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad “terlalu kritikal” terhadap Najib.
Maka fahamlah kita apa yang dimaksudkan Dr Mahathir pada sidang medianya sewaktu menghadiri perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur Ogos tahun lalu
Selepas 30 tahun, ‘Marcos’ muncul di Malaysia
Written By Wadah Baru on Ahad, 28 Februari 2016 | 2:17 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan