Home » » Kerjasama PAS - Umno di kerusi marginal?

Kerjasama PAS - Umno di kerusi marginal?

Written By Wadah Baru on Ahad, 28 Februari 2016 | 2:11 PTG

Oleh Muammar Qaddafi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki dalam 1 forum perpaduan
bertajuk "Dilema Perpaduan Politik melayu di Malaysia" sempena muktamar Majlis Amal Islami Malaysia mendakwa PAS bersedia untuk mendengar cadangan pihak badan bukan kerajaan berhubung tindakan yang perlu diambil PAS dan Umno dalam berdepan kerusi marginal pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) kelak.

Menurut beliau lagi sebagaimana dilaporkan akhbar perlu ada strategi antara PAS dan Umno untuk menangani isu ini dan bagi mengelakkan kemenangan DAP.

PAS dan Umno tegasnya perlu melupakan perselisihan silam dan menyerahkannya kepada Allah dan berusaha menjayakan kerjasama demi kepentingan melayu dan Islam.


Namun begitu, menurut Zuhdi isu kerjasama ini masih belum dibincangkan kedua-dua parti Melayu itu.

Intipati forum ini sememangnya menarik dan jelas dengan tanda kerjasama politik PAS-Umno pada masa hadapan, namun hujah mereka dalam pertahankan usaha kerjasama ini agak longgar menurut saya, ataupun mereka tidak menerangkan alasan sebenar mereka.

Mereka mendakwa perlu ada kerjasama politik antara PAS dan Umno di kerusi marginal (pengundi Melayu 30%-60%) untuk mengelakkan DAP menang namun setahu saya kerusi yang ditandingi DAP biasanya lawannya adalah MCA bukannya Umno.

Maka harus wujud kerjasama PAS-MCA jika sasaran mereka adalah untuk mengalahkan DAP, jadi saya hairan bagaimana idea ini boleh dikemukakan, adakah beliau tidak maklum akan perkara ini atau disebalik itu beliau cuba mencadangkan Umno menyingkirkan MCA lalu hanya wujud kerjasama PAS-Umno menentang DAP?

Situasi ke-2 lebih lojik memandangkan ia berkisar perpaduan Melayu dan Islam.

Adakah Amanah sasaran sebenar?

Adalah lebih lojik jika terus terang kerjasama PAS-Umno adalah di kerusi marginal di kawasan Amanah bertanding kerana itulah medan sebenar mereka, bertanding di kerusi DAP adalah bermakna Umno sebagai parti kompenen BN cuba menyisihkan MCA.

Kerusi marginal merupakan sasaran sasaran Amanah pada PRU14, kerusi ini bermakna Amanah mempunyai peluang yang sama dengan Umno dan PAS untuk merampas mana-mana kerusi yang ada tambahan 3 penjuru yang memecahkan undi Umno dan PAS akan lebih menguntungkan Amanah.

Maka jika berlaku kerjasama politik PAS dan Umno di kerusi marginal maka potensi Amanah untuk menang tidaklah sebesar jika berlaku 3 penjuru. Pengundi tegar PAS dan Umno akan bersatu dalam 1 parti sahaja.

Sedikit persoalan dalam benak saya, kenapa hanya kerusi marginal?

Kita maklum kerusi marginal adalah kerusi di mana PAS dan Umno sama kuat.

Maka jika PAS dan Umno sudi bekerjasama di kerusi ke-2 mereka ada potensi menang, apa salahnya di kerusi tegar PAS dan tegar Umno pun mereka saling bekerjasama?

Di kerusi tegar PAS adalah kawasan yang sukar dimenangi Umno, maka elok sahaja Umno menarik diri dan biarkan sahaja PAS menang percuma.

Begitu juga di kerusi tegar Umno,kalau di kerusi marginal pun sudah bekerjasama, apa relevennya bertanding di kerusi tegar Umno?

Dan apa yang perlu PAS lakukan sementara tunggu pilihan raya adalah meyakinkan penyokongnya bahawa tidak akan berlaku kerjasama politik antara PAS dan Umno.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger