Home » , » Tahniah BN, takziah pula untuk Pakatan Harapan

Tahniah BN, takziah pula untuk Pakatan Harapan

Written By Wadah Baru on Ahad, 21 Februari 2016 | 2:50 PTG

Oleh Tuan Nazurri

Minggu ini, kita rakyat Malaysia dihidangkan dengan dua peristiwa penting yang melibatkan
kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, Pakatan Harapan.Kedua-duanya penting tetapi bezanya satu berita gembira satu lagi sebaliknya.

Berita gembira, kerajaan BN membekukan pengambilan pekerja asing termasuklah dari Bangladesh yang telah menjadi rakyat Malaysia ‘meroyan’ seperti dunia mahu sudah kiamat.

Syukurlah kerajaan mendengar pandangan dan suara rakyat. Akhirnya pada Jumaat baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan itu. Ini jelas dan terbukti kerajaan BN mendengar pandangan rakyat sebelum membuat apa-apa keputusan yang melibatkan masa depan negara.

Namun, perlu diingat juga, Zahid menjadi mangsa sikap hipokrasi rakyat Malaysia. Kalau rakyat tempatan sanggup bekerja dalam sektor 3D, takkan ada pekerja asing di negara ini.

Oh ijazah kami bukan untuk cuci longkang, berpanas dan berhujan. Antara alasan diberi rakyat tempatan untuk ‘membantai kerajaan’. Habis tu kamu ingat yang datang bekerja di negara ini tidak berpelajaran? Ada segelintirnya memiliki ijazah dan lebih pandai berbahasa Inggeris daripada kamu. Cuba nasib mereka malang lahir di negara miskin.

Bagaimana pula dengan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang? Khabarnya sehingga kini tidak ada perkembangan kerajaan negeri mahu mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek menambak laut. Wakil rakyat PKR pula ‘dihukum’ kerana tidak menyokong kerajaan negeri.

Jadi rakyat Malaysia, sudah terang lagi bersuluh, kerajaan mana yang benar-benar mengambil kira pandangan rakyat dalam pentadbiran dan kerajaan mana pula yang mengetepikan suara rakyat? Pandai-pandailah bezakan…

Apapun keputusan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing adalah tepat dan wajar.
Berita sedih. Pakatan Harapan kemungkinan besar tidak bertanding di kesemua 84 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN). Maka Pakatan Harapan tidak boleh diharap sangat untuk menawan Sarawak. Amat menyedihkan, memeritkan dan memilukan untuk penyokong tegar pembangkang.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah memberi alasan Pakatan Harapan mahu memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN dan mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru dengan PAS.

Walawei, cakap sajalah Datuk yang PKR dan DAP gagal mencapai kata sepakat dalam agihan kerusi. Satu Malaysia sudah tahu DAP dan PKR berebut kerusi di Sarawak, janganlah pula PAS dijadikan alasan.

PAS hanya bertanding 11 kerusi dan dalam sejarah, parti Islam itu tak pernah menang pun. Hanya PKR dan DAP saja yang mampu beri cabaran kepada BN di Sarawak.

Itulah nasib jika parti politik membuat ‘hubungan sumbang’. Dengan parti ni bercerai tapi dengan parti itu masih kekal hubungan. Pelik sungguh pembangkang di negara ini. Nasiblah belum menjadi kerajaan…

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger