Home » , » TH: Kenapa audit dalaman sebelum ini tidak dedahkan krisis?

TH: Kenapa audit dalaman sebelum ini tidak dedahkan krisis?

Written By Wadah Baru on Isnin, 1 Februari 2016 | 3:36 PTG

Oleh Adam Abu Bakar

PETALING JAYA: Para penyimpan di Lembaga Tabung Haji (LTH) seharusnya mengambil berat t
erhadap kenyataan berhubung kedudukan kewangan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengarah strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua penyimpan berhak mempersoal jikalau laporan pengurusan risiko oleh BNM itu akan dibentang secara transparen dan adil kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

“Jika ya, Tabung Haji (TH) perlu menjelaskan mengenai khabar bahawa Pengerusi bagi Jawatankuasa Pengurusan Risiko telah meletakkan jawatan. Jika benar, apakah puncanya?” soalnya.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, penyimpan TH juga perlu diberikan penjelasan sebab audit dalaman yang dilakukan sebelum ini tidak menjelaskan berkenaan krisis kewangan yang dihadapi lembaga berkenaan.

“Adakah kes ini telah diabaikan atau sebagai suatu ketidak cekapan, atau aduan-aduan yang telah dilakukan tidak dilayan?” soal beliau lagi.

Selain itu, beliau juga mengkritik tindakan melantik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai anggota lembaga pengarah LTH juga turut memberi impak buruk kepada lembaga berkenaan.
“Ia memberikan kesan yang buruk kepada LTH. Ia juga tidak membantu menyelesaikan defisit kepercayaan yang dialami oleh lembaga berkenaan,” jelasnya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger