Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
mengambil pendirian untuk 'tunggu dan lihat' sejauh 
mana hayat Parti 
Amanah Negara (Amanah) jika ia mahu bekerjasama dengan Pas bagi mengelak
 pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
 "Kita tengok Amanah hidup ke tidak lagi," kata ahli Parlimen Marang 
itu kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah Pas 
Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur, malam 
tadi.
Timbalan pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub sebelum ini dilaporkan 
berkata partinya sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk Pas 
untuk mengadakan perbincangan jika parti pembangkang mahu hanya satu 
lawan satu dalam pilihan raya akan datang.
Sehubungan dengan pendirian itu, Salahuddin berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.
Terdahulu Abdul Hadi merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar 
Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur bagi memudahkan 
anggota parti Islam itu menjalankan aktiviti pemerkasaan parti.
Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid 
Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan 
Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.
Abdul Hadi mahu 'tunggu dan lihat' hayat Amanah
Written By Wadah Baru on Isnin, 21 Mac 2016 | 4:26 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan