Oleh Muammar Qaddafi
Selepas lebih 8 bulan PAS tidak lagi bersama gabungan parti pembangkang, akhirnya ia
mengumumkan
hala tuju parti mereka di dalam arena politik negara.Sebagaimana
dilaporkan portal HarakahDaily, PAS mengumumkan mereka adalah blok
ke-3 iaitu pihak yang tidak menolak sepenuhnya tindakan kerajaan dan
tidak sepenuhnya lagi bersetuju dengan idea-idea pembangkang.
Berdasarkan pengumuman ini, maka kita jelas dan maklum PAS tidak lagi berminat untuk menjadi kerajaan mahupun pembangkang,.
Mereka mahu menjadi suara non partisan yang didakwa lebih mendekati rakyat. Cuma adakah PAS maklum kita ini di Malaysia, bukan Indonesia yang mana menggunakan sistem satu daerah satu pemenang.
Berebut kerusi yang satu. Indonesia sistemnya berebut undi. Tak kisah siapa dan berapa lawan.
Sistem politik kita dasarnya untuk mewujudkan sistem dwi parti yg sama kuat. Dwi, bukan 3!
Tujuan dwi parti adalah untuk memastikan tiada kuasa dominan kerana
kuasa dominan bakal membawa kepada salah laku, korupsi, songlap duit dan
salah guna kuasa lain oleh parti yang dominan.
Dalam konteks
negara kita, perlu ada pakatan jatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang
dominan kerana salah guna kuasa yang dibimbangi sudah pun berlaku
kerana ia di dalam Parlimen.
Kewujudan blok ke-3 sebagai satu
idea merakyat PAS dianggap sebagai satu alasan merapu dan bertujuan
menutup kelemahan PAS hari ini.
Bagaimana PAS mampu menjadi
kuasa ke-3 yang membumi apabila ia yang menjadi blok pertama dalam
kerajaan Kelantan juga gagal menjaga kebajikan rakyat.
Malah, kerana tamak haloba pimpinan mengaut untung daripada projek balak, rakyat menjadi mangsa banjir besar pada 2014.
Alasan relevan buat PAS mewujudkan blok ke-3 adalah untuk menangkan
Umno dalam pilihan raya kerana kita tahu PAS maklum Umno kehilangan
kepercayaan rakyat dan apa yang membimbangkan PAS adalah peralihan kuasa
kepada Pakatan Harapan yang di dalamnya adalah Parti Amanah Negara,
PKR dan DAP.
Tidak hairanlah sebelum ini ada pemimpin
menggunakan isu kaum dan agama bagi memastikan rakyat menolak Pakatan
Harapan kononnya bimbang Melayu hilang kuasa jika ia menang.
Boleh jadi juga idea blok ke-3 ini muncul kerana PAS sendiri tidak tahu apa tujuan mereka masuk politik.
Untuk cari reda Allah? Nak jadi penasihat? Nak pecahkan undi? Nak
menangkan Umno? Nak hudud? Nak masuk syurga? Nak halang kafir harbi?
Semua di atas PAS mahu, malangnya ia saling kontradik antara satu sama lain.
Bagaimana mahu reda Allah jika bersubahat dengan para koruptor untuk terus menjahanamkan negara.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan