Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran
kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Selain
Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina
Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan.
Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.
Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.
Mereka
memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort
misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan
menyalah-gunakan kedudukannya.
Menurut mereka, Najib sebagai
perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala
fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai
siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana
dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi
banknya.
Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib
menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap
Anina dan Khairuddin.
Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.
Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b
Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:18 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan