Home » » Kongres Rakyat : Penentangan "Terbuka" Isu 1MDB

Kongres Rakyat : Penentangan "Terbuka" Isu 1MDB

Written By Wadah Baru on Selasa, 29 Mac 2016 | 3:11 PTG

Oleh MOHD FITRI ASMUNI

Matlamat Kongres tersebut adalah bagi memastikan kepimpinan Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun
Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ‘diturunkan’ berikutan kemelut dan krisis isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma RM 2.6 Bilion.

Kemelut yang ada sehingga kini masih tidak mampu dirungkai lagi oleh Dato’ Seri Najib walaupun beliau telah beberapa kali memberi jaminan untuk menyelesaikannya namun sehingga kini, tiada perubahan telah ditunjukkan oleh beliau.

Malah pendedahan demi pendedahan telah menunjukkan bahawa beberapa penyelewengan telah dilakukan ke atas syarikat atau agensi milik kerajaan yang lain demi untuk menutup kelemahan kewangan syarikat 1MDB sehingga menyebabkan berlakunya kucar-kacir dalam sistem pentadbiran negara.

Suara mendesak agar Dato’ Seri Najib berundur di akhir program oleh Tun Mahathir adalah perkara jelas yang perlu dilakukan oleh Dato’ Seri Najib demi menyelamatkan Negara kita dan rakyat bersama bagi menyuarakan pendirian tegas tersebut.

Bagi Pemuda AMANAH Perak, suara akar umbi rakyat Negeri Perak perlu juga mendesak agar Dato’ Seri Najib berundur dan perlu menyatakan ‘suara’ mereka jika sayangkan negara ini dan membebaskan sistem pentadbiran yang telah dirosakkan.

Pelbagai pendekatan oleh akar umbi boleh ‘disuarakan’ dengan berbagai keadaan terutamanya dan jika Dato’ Seri Najib berada di Perak kelak, kita perlu sama-sama ‘memboikot’ kehadirannya bagi menunjukkan rasa ‘marah’ kita dengan apa yang berlaku.

Jika Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin berbohong di dalam isu 1MDB serta isu derma RM 2.6 Bilion terhadap Dato’ Seri Najib, maka rakyat perlulah menolak mereka dan juga membawa mereka ke muka pengadilan.

Dan jika kedua-dua mereka benar, maka rakyat perlukah menghukum Dato’ Seri Najib demi untuk selamatkan negara kita daripada terus disalah gunakan dan mengakibatkan ramai lagi yang akan menjadi mangsa selain Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin.

‪#‎HarapanBaru‬

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua,
Pemuda AMANAH Negeri Perak.
Pemuda AMANAH Negeri Perak menyokong himpunan Kongres Rakyat yang turut melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Haji Muhyidin Haji Mohammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang ‘disingkirkan’ dan ramai lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger