Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkata beliau mendapat dua
tawaran ekoran pemecatan
daripada jawatannya sebagai timbalan perdana
menteri.
Berucap di Kota Tinggi di Johor malam ini Muhyiddin
berkata beliau ditawarkan menjadi Gabenor Pulau Pinang serta Pengerusi
Permodanan Nasional Berhad (PNB) oleh pihak yang tidak dinamakannya.
Bagaimanapun Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
Kata Muhyiddin kadang-kadang beliau berasa "agak bodoh" kerana tidak menerima tawaran berkenaan.
"(Sepatutnya) ambik la. Ada (yang) tanya kenapa saya tak ambil (tawaran itu), kemudian ambik RM1 bilion, cukuplah," katanya.
Mengenai dua jawatan berkenaan Muhyiddin berkata dia tidak kisah walaupun terlepas tawaran yang boleh dianggap 'lumayan' itu.
"Sebab
itu saya tak ksah, tak apa. Dia sudah pecat saya, tapi (dia bagi) saya
tawaran dua perkara.
Satu, Gabenor Pulau Pinang. Saya tanya (dia) balik:
What? Governor of Penang? Terbayang (di) depan saya (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng menghadap saya dan sembah, melutut.
"Kedua, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB)," katanya di depan kira-kira 1,500 hadirian.
Bagaimanapun
tidak jelas sama ada tawaran itu dibuat sebelum atau selepas Muhyiddin
disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Menjelaskan
keadaan itu Ahli Parlimen Pagoh berkenaan memberitahu tidak dapat
menerima tawaran yang diberikan kerana ia membabitkan soal maruah.
"Kalau
saya terima maknanya saya makan dedak (boleh dibeli). Rakyat akan
berkata orang nombor satu memakan dedak ialah Muhyiddin.
"Saya tak boleh menggadaikan prinsip perjuangan saya hanya kerana ada tawaran jawatan walau setinggi mana sekali pun," katanya.
Muhyiddin ditawar jadi gabenor, pengerusi PNB
Written By Wadah Baru on Isnin, 21 Mac 2016 | 4:41 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan