KUALA LUMPUR: Datuk Raja Kamarul Bahrin mempersoal keputusan PAS
apabila bersetuju untuk
menangguhkan pelaksanaan hudud sebaik sahaja
bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, kenyataan Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang semalam membuktikan bahawa penentangan yang
dibuat bekas wakil rakyat PAS yang menyertai AMANAH bahawa pelaksanaan
hudud perlu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan adalah tepat.
Katanya, begitu juga dengan pendirian DAP sebelum ini yang turut menentang pelaksaan hukum hudud oleh PAS.
“Tentang polisi dan persetujuan untuk melambatkan pelaksanaan hudud
ini tidak ada beza apa kami dahulu lakukan, semasa dalam PAS kami (bekas
pemimpin PAS) berpendapat kalau mahu laksanakan hudud Perlembagaan
Persekutuan mesti diperhalusi,” katanya dalam sidang media di Lobi
Parlimen hari ini.
Katanya, PAS dilihat lebih percaya dan bertolerasi dengan IKATAN
berbanding kumpulan progresif dalam PAS yang telah menyertai AMANAH.
“Dulu kami dituduh menjadi penentang kami tidak nampak apa bezanya
bertahun-tahun masa dulu. Perkara yang datang dari mulut kami tidak
diterima tapi kini bersama IKATAN diterima pula,” katanya.
Semalam, Hadi semasa pengumuman gabungan blok pembangkang terbaru
bersama IKATAN berkata agenda utama pembangkang itu buat masa ini adalah
melakukan transformasi positif menerusi nasihat dan cadangan supaya
kerajaan berubah serta bebas rasuah.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam temu bual
eksluksif bersama FMT pula mengakui kedua-dua pihak sepakat bahawa hukum
hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“Pendirian kami mengenai hudud terbukti benar”- Raja Bahrin
Written By Wadah Baru on Khamis, 17 Mac 2016 | 2:26 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan