Home » , » Jangan kerana kebencian, kita hilang pertimbangan ..

Jangan kerana kebencian, kita hilang pertimbangan ..

Written By Wadah Baru on Khamis, 17 Mac 2016 | 2:17 PTG

Oleh Mazlan Aliman

Saya simpati dengan situasi yang di hadapi PAS apabila di serang dan di asak bertubi2 bila menjalin
persefahaman dengan parti IKATAN pimpinan Tan Sri Kadir Syeikh Fadhir. Terpaksa menepis di sana sini. Maka, perkataan politik matang, politik sejahtera dan berbagai ungkapan digunakan untuk membela diri.

Tika saya bertemu Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Tan Sri Kadir dan ramai tokoh politik, cendekiawan dan Ngo atas kepentingan rakyat; betapa kesatnya celaan yang saya terima. Tagline SELAMATKAN MALAYSIA yang saya dan Ngo ANAK mula gunakan sejak tahun lalu, di cemuh dan deretan kata nesta dihamburkan.

Saya amat gembira usaha2 berbagai pihak menemukan tokoh yang berbeza latarbelakang politik dapat dibuat hingga kepada majlis menandatangani Deklarasi Rakyat. Di celah2 kutukan, muncul Dato' Mustapha Ali dan YB Dato' Khairudin Aman Razali dalam majlis berkenaan.

 Ironinya, Cikgu Pa, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, turut sama menandatangani Deklarasi Rakyat. Alasannya, dapat kebenaran khas dari Presiden PAS!

Atas jenama Muafakat Selamatkan Malaysia dan Kempen Selamatkan Malaysia yang sedang digerakkan; ia bertitik tolak dari keinsafan untuk menyelamatkan negara ini dari kehancuran.

 Isu Najib turun sekarang atau biarkan ia sampai PRU 14, dan alasan yang diberi mana2 pihak, adalah soal pendekatan masing2 yang sepatutnya dihargai.

Kini, PAS sedang hadapi sepertimana pimpinan PH telah tempuh sebelum ini. Blok ke 3 PAS tidak kira dengan IKATAN dan mana2 entiti lain, akan jadi bahan ejekan dan sindiran. Atas nama etika dan akhlak, saya tidak selesa dan gemar dengan cara ini, tidak kira pihak mana.

Namun, ia ada hikmah untuk kita bermuhasabah. Jangan kerana kebencian, kita hilang pertimbangan dan kewarasan. Bila terpercik, ke muka sendiri....harap sedar dan ber istighfar!

Hebat macamana pun kita, tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger