Oleh Mohd Sayuti Omar
Hormat semua. Ekoran pengumuman blok politik baharu oleh Pas yang
bersyarikat dengan sebuah
parti dijelmakan oleh bekas pemimpin Umno,
ianya dipersendakan ramai. Banyak status-status mengejek dan memperli
Pas dan ada yang mencipta poster yang sangat tidak baik.
Sudahlah,
Pas sudah pun mengambil jalannya sendiri. Dia yakin dengan keputusan
yang dibuat.
Biarkan Pas dengan caranya dan parti2 lain perlu membina
identiti dan kekuatan masing-masing.
Bagi saya senang sahaja, dan ini
yang saya amalkan, kita boleh bagi pandangan, kritikan dan sebagainya
kepada sesuatu perkara yang belum jadi, masih dalam perancangan, tetapi
apabila ia sudah menjadi kenyataan ia harus diterima.
Demikian
dengan Pas bersama Ikatan itu, ia sudah diumumkan, apakah ia berjaya
atau sebaliknya, parti itu akan menanggungnya. Jadi janganlah persenda
berlebihan-lebihan, dan cara berpolitik begitulah yang saya kurang
setuju dan sedih. Trims.
Sudahlah, Pas sudah pun mengambil jalannya sendiri ...
Written By Wadah Baru on Khamis, 17 Mac 2016 | 8:08 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan