Oleh ARIF ATAN
Mencatat
sejarah tersendiri, kempen kutipan tabung khas untuk Presiden Amanah,
Mohamad Sabu ekoran kes saman isu “Projek IC Sabah”, telah
mencecah RM200,000 hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, pencapaian
membanggakan hasil kerja keras sekumpulan gerakan awam dikenali
#SahabatMatSabu itu jelas mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.
"Alhamdulillah. Syukur dan tahniah kepada urusetia Tabung Mat Sabu
yang berusaha keras untuk mencukupkan jumlah sasaran RM 200,000 dalam
tempoh sebulan lebih.
"Ternyata usaha kecil yang dilakukan oleh aktivis rakyat dan anak
muda yang cintakan keadilan di negara ini tidak sia-sia dan mendapat
sokongan orang ramai," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Mengulas kutipan bagi membolehkan Mohamad menjelaskan bayaran kepada
bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu, beliau
berkata, rakyat sebenarnya cukup prihatin dalam melawan kezaliman dan
penindasan.
"Ternyata ramai di sana yang menyokong usaha menegakkan keadilan di
negara ini dan merubah sistem pentadbiran yang dicemari dengan korupsi
dan penyelewengan termasuk sistem pilihan raya.
"Ini menunjukkan rakyat Malaysia dan para pejuang ini tidak
memerlukan derma yang banyak daripada seorang Arab tetapi derma yang
kecil daripada ribuan rakyat adalah lebih suci dan berintegriti.
"Terima kasih kepada semua rakyat yang menyumbang. Anda adalah rakyat yang berani," tambah Faiz lagi yang juga peguam.
Terdahulu penyelaras #SahabatMatSabu, Hishamuddin Rais berkata,
pihaknya akan mengumumkan hari penyerahan hasil kutipan tersebut kepada
pihak peguam Mat Sabu.
Ujarnya, dalam satu kenyataan bersama Adam Adli dan Mandeep Karpall,
jumlah rasmi kempen sumbangan RM10 itu akan diberitahu dalam jangka masa
terdekat selepas akaun berkenaan diaudit.
Perintah mahkamah terhadap Mat Sabu itu ekoran temubual akhbar
Harakah bersama beliau yang disiarkan di akhbar itu edisi Jumaat, 1-3
Februari 2013. Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden Pas ketika itu.
Tabung Mat Sabu: Tidak perlu derma seorang Arab, ribuan rakyat hulur wang
Written By Wadah Baru on Khamis, 31 Mac 2016 | 2:27 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan