Saya minta maaf bagi pihak KEADILAN kerana ada 1-2 perkara yang kurang cantik tadi.
Pertama apabila ada sekumpulan yang buat demo dalam demo terlalu dekat dengan lori utama sehingga mengganggu ucapan di atas. Banyak kamera media yang dialihkan ke arah mereka apabila makin kuat semasa Tun M bercakap.
Saya pun tidaklah terlalu selesa dgn Tun M tetapi kena ada adab. Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Dia sudah tua. Bagi saya dosa2nya dan kesilapannya biarlah di antara dia dan Allah. Sementara saya berhati-hati dengan dia, adab kena jaga dan mengaibkan orang tua itu adalah poor taste.
Kedua doa yang tidak kena dibacakan si akhir. Mengaibkan Tun M dengan doa tidak mengubah apa2 malah memualkan rakyat. Itu satu kesilapan dan saya ambil tanggungjawab itu sbg Setiausaha Agung KEADILAN. In Sha Allah saya akan memohon maaf secara peribadi dan akan disampaikan kepada beliau.
Apa pun terima kasih dan tahniah. Semasa Majlis Presiden PH ambil keputusan mengadakan 2 acara minggu ini - Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan pada hari bekerja (Isnin) dan demonstrasi mansuh GST dalam cuaca panas terik dan ramai balik Qin Ming, ia satu keputusan berisiko.
Alhamdulillah kedua2 nya berjalan dengan kehadiran yang baik mengambil kira mood semasa.
Saya selalu pantau reaksi di media sosial untuk agak tahap sokongan rakyat.
Gambar2 demo tadi yang saya letakkan di fb saya sekitar jam 4 ptg tadi telah reach hampir 1 juta fb user/like 16k/share 5.5k (lihat sisipan).
Maknanya walaupun ramai yang tak turun, ramai yang sokong demo & apa yg kita buat.
Permulaan yang baik kepada PH sebagai pakatan yang akan mengambil alih Putrajaya selepas ini.
Tkasih dan wassalam.
Rafizi Ramli
CATATAN:
Kebetulan saya berada di belakang pentas (lori) tempat penceramah menyampaikan ucapan. Memang tidak di nafikan sikap beberapa pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin, Fuziah Salleh, Aishah Srikandi dan beberapa perempuan yang lain amat memualkan dan memalukan.
Mereka mengambil sikap terlompat-lompat sambil terjerit-jerit mengganggu ucapan Tun adalah sesuatu yang tidak terduga malah memperlihatkan sikap yang tidak beradab dan tidak profesional.
Patutkah menjemput Tun untuk hadir ke program seperti itu untuk di jadikan bahan ejekan.? Dimana letaknya adab dan tatasusila pemimpin PKR.?
Peristiwa doa yang di bacakan oleh Badrul Amin pula mengingatkan kita pada doa laknat ketika Muktamar ke-60 di Batu Pahat. Patutkah seorang agamawan menjadikan pentas ceramah seperti itu untuk melaknat seseorang sambil memperlihatkan kebencian yang amat sangat.?
Kepada Presiden PKR sila tegur kelakuan anak buah anda yang beretika seperti keanak-anakan. Cuba kenang kembali semasa Anwar Ibrahim di pecat dahulu 1998. Kami para kumpulan reformasi pada ketika itu tidak pernah menuntut Anwar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas dosa yang beliau pernah lakukan kepada pembangkang. Apatah lagi amat jauh sekali berlaku kurang sopan dengan Anwar.
Kenapa Anwar di terima oleh parti pembangkang pada ketika itu.? Jawapannya ialah jiwa besar Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim.
Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang sentiasa bersikap terbuka terhadap mereka yang di khianati dan di zalimi. Kini Malaysia kembali di pimpin oleh pemimpin zalim Najib yang begitu rakus menyebabkan pelbagai ketirisan dan korupsi.
Inilah Malaysia tanah air tercinta yang kita semua rakyat Malaysia bangun secara bersama untuk menentang sebarang korupsi kepimpinan Najib. Kita bersama diatas suatu perkara, menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik.
Admin
#UAA_SUPPORTERS
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan