Home » , » AMANAH umum bertanding 13 kerusi dalam PRN Sarawak

AMANAH umum bertanding 13 kerusi dalam PRN Sarawak

Written By Wadah Baru on Isnin, 4 April 2016 | 11:07 PG

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH)) mengumumkan akan bertanding dalam 13 kerusi
di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub berkata, beliau juga telah mengarahkan ke semua calonnya untuk bersiap sedia dalam menghadapi PRN Sarawak.

Namun, AMANAH tidak mengumumkan calon yang akan bertanding dalam kerusi itu lagi.

“Berdasarkan mesyuarat nasional sebentar tadi, kita (AMANAH) telah memutuskan untuk AMANAH bertanding dalam 13 kerusi.“Kita juga telah arahkan untuk bersiap sedia dan calon juga sudah dikenal pasti,” katanya dalam satu sidang media di Wisma AMANAH Jalan Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Salahudin juga berkata, AMANAH juga sedia bertembung dengan PAS sekiranya parti Islam itu bertanding dalam kerusi yang sama.

“Jika mereka turut bertanding kita akan lawan,” katanya.

Dalam masa lain, Salahudin berkata, beliau meminta kerajaan supaya tidak menghalang pemimpin AMANAH untuk masuk ke Sarawak kerana telah menghalang untuk mereka bertanding dalam PRN Sarawak.

AMANAH juga telah menghantar surat khas kepada Ketua Pejabat Sarawak untuk mereka menilai semula keputusan untuk menghalang beberapa pimpinan AMANAH daripada memasuki negeri itu.

“Keputusan menghalang Presiden AMANAH, Mohamad Sabu kita harap mereka menilai semula.
“Tidak sepatutnya mereka menghalang pimpinan kita masuk ke Sarawak,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger