KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH),
Khalid Samad menangkis dakwaan bahawa ‘Himpunan Bantah GST’ yang
diadakan di ibu negara semalam gagal kerana tidak dapat mengerah rakyat
turun ke jalan raya.
Katanya, himpunan yang diadakan itu dianggap berjaya kerana mampu mengumpul seramai 10,000 peserta.
“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.
“Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.
“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada
10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya pada sidang
media di Wisma AMANAH di Jalan Ipoh, di sini.
Dalam pada itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu turut berpuas hati dengan kehadiran peserta dalam perhimpunan itu.
Katanya, walaupun hanya merancang dalam waktu yang singkat, namun,
masih ramai peserta yang menyertai himpunan itu yang terdiri daripada
pelbagai kaum.
“Kehadiran mencapai target (sasaran) dan kehadiran agak baik daripada semua kaum. Saya berpuas hati dengan kehadiran semalam.
“Kami agak memang sebanyak itu sahaja kerana kami tidak buat satu
himpunan macam sebesar Bersih. Himpunan ini hanya gerakan dalam masa
yang singkat,” katanya.
Ribuan peserta dilaporkan menyertai Himpunan Bantah GST yang diadakan di hadapan Kompleks Belia Belah Sogo, semalam.
Himpunan tersebut diadakan setelah genap setahun kerajaan mengenakan GST terhadap barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Sementara itu, dalam sidang media hari ini juga AMANAH melancarkan akhbar Tabloid parti itu yang pertama.
Katanya, akhbar tersebut akan diterbitkan dan berada dipasaran dua
minggu sekali bagi memberikan maklumat terkini mengenai parti berkenaan.
Khalid Samad anggap `Himpunan Bantah GST’ berjaya
Written By Wadah Baru on Isnin, 4 April 2016 | 11:15 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan