4 april 1999 - 4 april 2016. usia keADILan genap 17 tahun hari ini. parti berbilang kaum dan agama ini terus gagah dalam gelanggang politik negara. empat kali menempuh pru ..1999, 2004, 2008 dan 2013. kalah menang dalam pilihanraya terus mematangkan kami. bekerja membina kekuatan parti suatu kenikmatan.
bekerjasama dengan parti2 sahabat mengajar kami nilai tolak ansur dan saling menghormati. pengalaman ini juga mengajar kami erti pengorbanan, kesungguhan, keihklasan adalah suatu nilai yg harus sebati dalam diri. nilai yang tidak boleh dilakon-lakon.
keADILan suatu parti "reform". Anggotanya melayu, cina, india, siam,
iban, kadazan, bidayuh dan lain-lain etnik di malaysia. Kami berkongsi
cita-cita bersama. kami mahu malaysia menjadi lebih baik utk generasi
hari muka. kekayaan ekonomi diagih secara adil, institusi demokrasi
mesti punyai integriti, pimpinan politik pro rakyat. pendidikan bertaraf
dunia. peluang pekerjaan dicipta utk rakyat, perumahan mencukupi utk
rakyat, khidmat kesihatan berkualiti, kadar jenayah rendah, saling
menghormati anutan agama masing-masing.
aku menduduki mpp musim pertama 1999 dan sekarang ahli biropol dan mpp. yang masih kekal ..johari abdul, tian chua, fuziah salleh. kak wan terus membuktikan wibawa kepimpinannya. ramai yg gugur menarik diri, lebih ramai yang terus bertahan. kepada yg berundur terima kasih sumbangan anda. kepada yg terus bertahan moga kekal istiqamah.
keADILan mesti mengikis elemen destruktif demi kelangsungan parti menggalas harapan rakyat 1) ini parti reform, parti milik rakyat. parti reform mesti pro rakyat dan bukan berjiwa feudal 2. pimpinan mesti"whiter than white"..elakkan mengguna jawatan awam untuk membina kekayaan peribadi 3. perpaduan itu suatu kekuatan. kepuakan dan kelompok melemahkan.
ayuh! keADILan terus mara untuk rakyat malaysia ..

0 ulasan:
Catat Ulasan