Home » » Hairan , Pelik Dan Ajaib ?

Hairan , Pelik Dan Ajaib ?

Written By Wadah Baru on Isnin, 18 April 2016 | 10:21 PG

Oleh Ridzwan Abu Bakar

"Saya hairan, pelik dan terkejut dengan reaksi ahli Umno dan orang Melayu terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Najib dan pemimipin Umno" kata seorang 'bekas' tokoh Umno.

"Nak tunggu sampai bila pun tak tau la baru orang melayu nak cerdik... Najib pemain kita kiri kanan pun depa tak sedaq lagi" syarah 'bekas' Pak Yet Umno peringkat bahagian.

"Nak harap ketua bahagian susah la.... depa makan dedak banyak sangat...... kita tak banyak dedak, Najib banyak dedak " luah 'bekas' orang tua Umno.

Demikian, orang2 umno menzahirkan kehairanan mereka; untuk mereka 'hairan' ini adalah sebenarnya harga yang harus dibayar untuk mengangkat martabat orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Jangan hairan
Jangan terkejut
Jangan rasa ajaib dan pelik
60 tahun, orang Umno dan rakyat Melayu
- dibodohkan melalui media 'hamba' Umno
- institusi kerajaan seperti polis, spr, penerangan hatta mahkamah telah 'dipergunakan' seenak dan semahunya.
- undi rakyat hanya berharga RM 50
- wang adalah solusi segalanya
- budaya ampu dan kagum dipupuk semahunya
- 'tuan sentiasa betul dan benar' adalah prinsip yang dipupuk kepada pimpinan lapis bawahan.

Kalau itulah yang ditanam dalam minda Melayu Umno (oleh anda! Bekas pemimpin, bekas Pak Yet dan bekas Orang tua Umno) maka anda jangan hairan dengan sikap ahli Umno sekarang "apa yang ditanam itulah yang akan dituai" .

Itulah budaya yang 'disemai', maka itulah 'hasil' yang telah dituai

Jangan hairan
Jangan terkejut
Jangan rasa pelik

Kalau anda punya 'hati' dan 'rasa' ayuh bersama kita CERDASKAN rakyat, bukan hanya mencari rakyat ketika anda tersepit (lepas tu, buat2 hairan dengan sikap rakyat).

1 ulasan:

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger