Home » , » PAS Dan AMANAH Perlu Duduk Berbincang

PAS Dan AMANAH Perlu Duduk Berbincang

Written By Wadah Baru on Rabu, 11 Mei 2016 | 12:51 PTG

Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ.OMAR

1.PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sg Besar hampir pasti berlaku apabila kedua dua penyandang jawatan ahli parlimen berkenaan meninggal dunia dalam kes nahas helikopter di Sarawak.Hanya menunggu pengumuman rasmi kekosongan kerusi berkenaan oleh Speaker Dewan Rakyat kepada SPR.

2.Apa yang menarik kedua dua kerusi berkenaan dimenangi oleh BN dengan majoriti yang kecil.Sg Besar dengan majoriti 399 undi dan Kuala Kangsar 1,082 undi.Ini menunjukan pembangkang mempunyai peluang yang baik dalam suasana krisis politik yang sedang berlaku dalam negara sekarang.Kemenangan besar BN di Sarawak adalah satu faktor asing berbanding dengan faktor persekitaran politik di semenanjung.

3.Yang mesti dielakan ialah pertembungan sesama pembangkang di Sarawak tidak lagi berulang di dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar nanti.Biarlah apa yang terjadi pertembungan di Sarawak adalah yang terakhir dalam politik Pembangkang.Moga apa yang berlaku di Serawak akan menjadi pengajaran kepada parti politik pembangkang dalam menguruskan perbalahan yang gagal capai kata sepakat kerana keengganan untuk berbincang secara matang.Moga hikmah dari apa yang berlaku di Sarawak akan kembalikan parti pembangkang kepada penyatuan dalam satu pakatan pembangkang Demi Rakyat dan Negara Malaysia.

4.Cubaan dan cabaran pertama selepas Sarawak ialah PRK K.kangsar dan Sg Besar untuk parti pembangkang memperbaiki hubungan antara parti dan merealisasi hasrat rakyat untuk memberi isyarat jelas kepada PM Najib perlu berundur bersama dengan anggota kabinet pemakan dedak dan yang kenyang dengan dedak.Jika ini boleh dilakukan dengan lapang dada dan berjiwa besar saya percaya harapan rakyat akan tercapai.

5.Saya mengharapkan parti Amanah dan Pas perlu duduk dimeja perbincangan untuk mencari kata sepakat untuk mengelak dari pertembungan sesama sendiri.Tidaklah menjatuhkan maruah pimpinan Amanah atau Pas jika mereka boleh pertimbang cadangan saya untuk setiap parti Amanah dan Pas hanya bertanding 1 kerusi sahaja dari 2 kekosongan yang ada.Dalam erti kata yang mudah Amanah bertanding 1 kerusi dan Pas satu kerusi.Terpulang kepada perbincangan kedua pehak untuk menentukan kerusi pilihan dari 2 kerusi yang kosong.Jika ini boleh dilakukan akan mengangkat kedua dua parti ini sebagai parti YANG BERJIWA MALAYSIA dan mengutamakan rakyat.

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎RefomNegara‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬.
DATO'HJ MAHFUZ HJ.OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
8.30am Taman Al-Walid Alor Setar
10 Mei 2016/3 Sya'ban 1437H

1 ulasan:

  1. Walaupun Dato adlh buah harum nais tp Dato' terlupa bhw PAS bukan lg pembangkang wlpun TGHH selalu bertindak seolah2 mcm pembangkang. PAS telah berubah dr segi strateginya. Strategi yg diberi BN kpd PAS ialah sentiasa terus-menerus bertindak dan bercakap dgn identiti pembangkang, tetapi dlm masa yg sama membantu mengimbangi sokongan terhadap BN.

    Apa akan berlaku jika PAS bertanding melawan BN, 1 lawan 1?

    maknanya PH telah membiarkn BN berlawan dgn sahabatnya sendiri. Jika PAS menang ia lebih merbahaya kerana penyokong PH beranggapan PAS masih lg pembangkang.

    Dato' jgn terlalu nak menang. Jika PH kalah 3 penjuru tidak mengapa penyokong dpt menerimanya. Pengundi skrg sudah bijak dan celik maklumat. Skrg kita di fasa menarik sbanyak mungkin golongan akar umbi PAS yg pro TGNA utk bersama PAN. Ia mungkin mengambil sedikit masa setahun dua.

    PAN tidak perlu duduk berbincang dgn PAS kerana itulah strategi BN. Dato perlu sedar bhw target PAS ia memastikan akar umbinya sentiasa beranggapan PAS masih memusuhi UMNO padahal hakikat sebenar adlah sebaliknya. UMNO tidak perlu akar umbi PAS menyokong UMNO, apa yg diperlukan hanyalah menguasai pusat kuasa pimpinan PAS.

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger