Pelakon Abby Abadi yang baru saja menyertai Muktamar Pas di Kota
Bharu awal Jun lalu menyertai majlis kempen untuk calon Amanah dalam
pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar malam tadi.
Tidak
diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah
dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar
ketika calon Pas juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.
Turut serta berkempen untuk Amanah dalam PRK kali ini adalah bekas naib presiden Pas yang dipecat keahliannya Datuk Husam Musa.
Dalam majlis malam tadi juga, 41 menyerahkan borang untuk menyertai
Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis berbuka puasa bersama rakyat di
Kampung Jalan Baru Jeliang, Kuala Kangsar.
Borang-borang tersebut diserahkan oleh wakilnya, Md Bakar kepada
Presiden Amanah Mohamad Sabu dengan disaksikan setiausaha agung Amanah
Anuar Tahir.
Selain beberapa pemimpin Amanah, majlis tersebut juga dihadiri bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli turut bersama-sama dalam majlis tersebut.
Mohamad dalam ucapannya menyeru rakyat Kuala Kangsar memilih Ahmad
Termizi pada 18 Jun ini bagi membolehkan suara mereka dibawa ke
parlimen.
Beliau berkata pengundi khususnya yang beragama Islam seharusnya menolak calon yang menyokong pemimpin yang rasuah.
"Saya pelik kenapa orang Islam tak sensitif dengan rasuah.
"Orang bukan Islam pula bersungguh-sungguh menentang rasuah.
"Pilihan raya kali ini, pilih calon dari Amanah yang menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
Abby Abadi sertai kempen Amanah, 41 lagi serah borang jadi ahli
Written By Wadah Baru on Isnin, 13 Jun 2016 | 12:02 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan