Oleh Ridzwan Abu Bakar
Sekitar tahun 1980an hujung, anak muda sering didedahkan dengan ceramah umum oleh para penceramah handalan - sebahagian mereka telah kembali kerahmatullah -, siapa yang paling kuat hentam UMNO, dia akan amat disukai oleh khalayak para pencandu ceramah. Antara penceramah itu apabila nak gambarkan kebobrokan UMNO, mereka akan mengulas akronim UMNO itu sendiri, maka lahirlah
U : UMNO
M : Masuk
N : Neraka
O : Oooo (baca bulat bulat)
Para pengikut yang 'dengar' terus meyakini hingga berzaman, bahawa UMNO adalah ahli neraka.
2. Apabila Ahmad Said (Dato') menaiki takhta sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau telah menganjur satu seminar memelihara akidah dan mengajak rakyat terengganu untuk menolak pas, kerana PAS (dia yang bina tafsiran dari akronim) :
P : Parti
A : Ajaran
S : Sesat
ف : فارتي
ا : اجاران
س : سست
Sebahagian dari pak yet Umno terus mempercayai Pas adalah ajaran sesat.
Rakyat Malaysia hendaklah diajar supaya berpolitik berasaskan ilmu, bukan budaya label melabel yang mula membarah semula dalam daerah politik melayu dewasa ini.
KATAKAN TIDAK KEPADA PEMIKIRAN GHULUW DAN TAKFIR
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan