Home » » Debar Menunggu Keputusan-Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar.

Debar Menunggu Keputusan-Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar.

Written By Wadah Baru on Sabtu, 18 Jun 2016 | 6:03 PG

Oleh Hayar Hassan

Assalammualaikum,

Pada hari Sabtu akan datang ini, tanggal 13 Ramadhan 1437 bersamaan 18 Jun 2016, pengunndi-pengundi kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menunaikan tanggongjawab mereka untuk memilih Ahli Parlimen-Ahli Parlimen mereka. Kehangatan kempen pilihanraya dua PRK ini agak menurun kerana kebanyakan yang terlibat merayu undi dan berkempen menjalankan ibadah Puasa Ramadhan. Tenaga untuk menjalankan gerak kerja berkempen di siang hari agak terbatas. Di sebelah malamnya pula waktu yang dapat dimanafaatkan agak terbatas, cuma tinggal lebih kurang dua jam sahaja. Hari Mengundi di bulan Ramadhan amat menguntungkan Barisan Nasional, SPR dan PDRM. Kakitangan PDRM dan SPR kurang menghadapi cabaran, apatah lagi semuanya keletihan. Itulah rahmatnya Ramadhan.

Namun demikian, keputusan kedua-dua PRK ini nanti pastinya ditunggu-tunggu banyak pihak. Impaknya amat besar sekali kepada PAS dan PAN. Kedua-dua PRK ini memperlihatkan PAS masih berlawan dengan BN dan berlawan juga dengan PAN di Semenanjung Malaysia. Banyak berpendapat BN punya banyak kelebihan apabila PAS berlawan juga dengan PAN. Undi-undi yang sebelum ini diraih oleh calon-calon Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 lalu untuk dua kawasan Parlimen ini akan berpecah. Natijahnya akan memberikan majoriti yang lebih tinggi kepada BN. Apa pun itu hanyalah analisa politik berdasarkan fakta-fakta yang sudah ada.  

Banyak setengah penganalisa, keputusan-keputusan dua PRK itu nanti akan menentukan survival dan arah tuju PAS dan PAN. Undi yang berkurangan yang diraih oleh calon-calon  PAS adalah penunjuk awal bahawa pengaruh PAS sudah menurun dan ianya akan menjadi kayu ukur prestasi PAS dalam PRU ke 14 nanti. Jika ini benar-benar terjadi terhadap calon-calon PAS, adalah wajar pucuk pimpinan PAS bermuhasabah diri sendiri dan membuat perubahan supaya ianya tetap relevan dalam pentas landskap politik Malaysia. Undi yang bakal diterima oleh calon-calon PAN adalah cukup penting juga, sekurang-kurangnya pengundi sudah mula mengenali PAN.

Melihat kepada calon-calon yang diketengahkan oleh PAS, banyak orang berpendapat ianya adalah sekadar untuk membuktikan bahawa masih ada tenaga professional yang diberikan tempat dan peranan oleh PAS. Tohmahan-tohmahan bahawa semua tenaga professional telah meninggalkan PAS adalah tidak benar. Jika itulah alasan kuat PAS meletakkan calon-calon berkenaan, ianya tidak akan memberikan daya tarikan kuat kepada pengundi-pengundi.

Calon-calon PAN adalah muka-muka baru dan tidak mempunyai sebarang kekurangan. Calon PAN di Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli adalah anak tempatan Kuala Kangsar, berpelajaran tinggi dan bagitu banyak pengalaman dengan aktiviti-aktiviti IKRAM jika dibandingkan dengan calon BN. Sewajarnya pengundi-pengundi Kuala Kangsar memberikan undi kepada anak tempatan ini. Kuala Kangsar sendiri memang terkenal kerana telah melahirkan begitu banyak bijak pandai negara.

Calon-calon BN dan PAS di Sungai Besar pula sudah pun bergelar YB kerana kedua-duanya telah pun menjadi ADUN-ADUN di DUN Selangor. Adalah wajar dan tepat untu pengundi-pengundi memberikan undi kepada calon PAN seorang yang masih bertenaga dan masih punya waktu untuk berbakti kepda pengundi-pengundi.

Akhirnya, keputusan-keputusan PRK itu nanti sebenarnya amat merungsingkan pucuk pimpinan PAS, terutamanya Presiden PAS sendiri. Adakah TGHH akan terus menerajui PAS menjelang PRU ke 14 nanti .Itulah yang amat ditunggu oleh banyak orang. Pengundi-pengundi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lah yang bakal memberikan jawapannya pada hari Sabtu akan datang. Selamat Mengundi.

Sekian, terima kasih.

Hayar Hassan
kapodoknya2917@yahoo,com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger