Home » » Perutusan Anak Muda Malaysia Untuk Rakan Yang Masih Bersama PAS

Perutusan Anak Muda Malaysia Untuk Rakan Yang Masih Bersama PAS

Written By Wadah Baru on Selasa, 21 Jun 2016 | 9:29 PG


Aku ada 3 masalah fundamental dengan PAS. Bukan semata-mata isu berbaik dengan UMNO, bukan isu tak bersama PR, bukan juga isu pimpinan. Itu semua isu-isu sampingan yang aku percaya lahir daripada isu-isu fundamental ni. Isu fundamental ni dalam erti kata lain ialah isu yang hampir mustahil untuk berubah oleh sebab ia dah jadi teras organisasi.

1) Model PAS yang tak sesuai

Model Siasah-Dakwah-Jemaah ni kita selalu dengar dalam tamrin dan usrah bahawa model terbaik. Malah ada yg sampai jadikan modal sebagai perbandingan dgn jemaah lain (e.g. Pas je jemaah yg ada siasah, maka Pas lebih syumul). Walaupun pada mulanya nampak mcm tu, tapi secara praktikalnya ada banyak masalah dgn model ni. Contohnya, bahasa dakwah dan bahasa siasah adalah berbeza, dan ia boleh kontradik.
Misalnya perbincangan perbandingan agama adalah topik dakwah, tapi jika dibawa oleh sebuah parti politik (dalam konteks Pas, mungkin dibawa dgn memakai topi gerakan dakwah tapi org awam akan tetap melihat Pas sebagai parti siasah) ia sesuatu yang bukan 'politically correct' dan akan menjadi damaging kepada political mileage. Topi siasah dan jemaah juga boleh menyebabkan kontradiksi, misalnya menyeimbangkan prinsip demokrasi di kalangan ahli parti yang didokong dalam ruang siasah (ie berbeza pendapat dgn pimpinan) vis-a-vis keperluan taat sebulatnya kepada pimpinan jemaah. Kontradiksi tiga topi ni pada mulanya nampak kecil, tapi bila dicampur dengan sepak terajang politik, ia membuatkan Pas berada dalam keadaan yang sangat sukar malah sering mengelirukan ahli. Mungkin sebab ni juga tak banyak jemaah Islam di dunia yang gunapakai model ni (e.g. Ikhwan Mesir sendiri asingkan FJP dari jemaah, tapi yang ini pun ada masalah dan kerumitannya)

2) Konsep Political Islamist

Semakin lama aku nampak konsep 'political Islamist' ni tidak sesuai dengan kerangka masyarakat dan politik sekarang. Apa yg aku maksudkan 'political Islamist' ini ialah bilamana Islam dijadikan HUJAH dalam membenarkan tindakan² politik. Samada prinsip Islam itu yang menyebabkan tindakan itu diputuskan, atau keputusan dibuat dahulu kemudian baru disandarkan pada Islam, ia bergantung kepada keadaan. Tapi dalam Pas, terlalu kerap tindakan dan ijtihad politik dikuduskan. Maknanya, walaupun ijtihad politik itu datangnya daripada buah fikiran akal pimpinan, tapi ia akan dipaksakan untuk dipatuhi oleh ahli. Benar bahawa ia dipandu oleh Al Quran Sunnah, tapi sefaham aku Al Quran Sunnah cuma berikan prinsip umumnya sahaja, dan akhirnya pimpinan membuat keputusan berdasarkan akal juga. Contohnya Al Quran Sunnah tak sebut secara jelas tentang cara mentadbir negeri/negara; cuma ada panduan dan prinsip asas sahaja, tapi apa yg berlaku, keputusan² parti akan dikuduskan dan diangkat seolah-olah ia suruhan Tuhan. Sedangkan ia sebenarnya ialah ijtihad politik daripada akal pimpinan.

Kesan besar daripada konsep political Islamist ni ialah bila Pas menjadi kerajaan pemerintah. Ia sangat BAHAYA. Contohnya di Kelantan, kemungkinan ada rakyat yang tak setuju dgn cara kerajaan Pas menguruskan isu bekalan air yang kotor ataupun isu pembalakan. Rakyat ni tak happy maka dia taknak undi Pas. Tapi bila datangnya musim pilihanraya, maka akan diulang-ulang oleh ustaz² Pas ayat² kempen seperti "Jangan kita jatuhkan kerajaan Islam" ataupun "Undilah kerajaan Islam". Maka rakyat yang tidak happy dengan kerajaan Pas tadi, dengan rasa keberagaaman yang tinggi, akan terpaksa mengundi Pas juga kerana tak mahu "jatuhkan kerajaan Islam". Rasa berdosa. Walaupun terpaksa redha je dengan segala kelemahan dan kekurangan kerajaan Islam tu tadi.

Dalam contoh ni, political Islamism telah menjadi alat yang menyebabkan proses 'check-and-balance' tidak berlaku dengan baik. Kerajaan atau parti politik tidak lagi dinilai dari segi prestasinya dalam memberi khidmat kepada rakyat, tapi dinilai semata-mata pada ideologinya. Ini TIDAK SIHAT dan BAHAYA dalam proses pembinaan tamadun.

Konsep yang sama juga dapat dilihat dalam proses pemilihan pemimpin bilamana paper qualification (i.e. ulama atau bukan) mengatasi kompetensi individu.

3) PAS's self righteousness

Mungkin berkait rapat dengan point (2) di atas. Claim Pas sebagai 'The Jemaah' menyebabkan lahirnya perasaan bahawa Pas sahaja yang betul, dan yang selain Pas adalah salah. Contohnya, dalam konteks jemaah, perbandingan antara jemaah selalunya akan menjurus kepada kesimpulan bahawa jemaah Pas lah yang terbaik dan perlu dipilih. Malah ada pandangan yang lebih ekstrim (dan kelihatannya agak mainstream malah di kalangan golongan terpelajar sendiri e.g. alumni Hizbi UK Eire) melihat mereka yang tidak bersama jemaah Pas sebagai salah, juga sesat (taknak sebut kafir walaupun ada yang sampai berpandangan begini).

Dalam konteks siasah pun benda ni berlaku. Misalnya apabila tiba musim pilihanraya, pimpinan² Pas menyebut hadis² serta sirah Nabi dgn menganalogikan parti Pas sebagai tentera Muhammad yang berperang dgn tentera kafir Quraisy. Ketika awal GHB ditubuhkan, golongan Istiqamah dianalogikan seperti tentera Thalut yang patuh untuk tidak minum air di sungai semasa mereka berhenti, dan golongan GHB seperti tentera Thalut yang melanggar perintah tu. Perkara² sebegini (menggunakan hadith dan sirah secara literal untuk menghukum) yg menyebabkan ahli Pas berasa self righteous. Tak boleh ke kalau masing² berkempen menggunakan hujah akal? Allah tak sebut nama Pas bulat² dalam Al Quran, jadi kenapa mesti 'paksa' semua orang jadi Pas?

Self righteousness jugalah yang mungkin menyebabkan status ni ditulis. Kerana percaya bahawa jemaah Pas lah yang paling benar, maka mereka yang meninggalkan Pas diseru untuk 'KEMBALI'. Sesat ke mereka yang tinggalkan Pas ni sampai perlu kembali? Dan juga sebut 'KEMBALI KEPADA SAF PERJUANGAN'. Apakah bersama Pas sahaja ada saf perjuangan? Adakah bersama Amanah, PKR, atau DAP, atau PSM, atau tidak bersama dengan mana² jemaah atau parti politik itu tiada SAF PERJUANGAN? Kalau ada ahli PKR masuk DAP, tidak ada pimpinan mahupun ahli PKR yang mengajak bekas ahlinya kembali ke PKR kerana hak memilih parti politik adalah hak individu yang dijamin oleh perlembagaan. Dan biasanya hak kebebasan memilih ni kerap dinafikan dalam Pas atas 'pretext' bahawa Pas ialah THE JEMAAH. Mohon baca semula point (3) di atas.

Sikap self-righteousness yang ditanam dalam jiwa ahli Pas inilah yang menyebabkan ahli² sukar berbeza pendapat. Konsep 'agree to disagree' tidak subur. (Belum masuk topik perlu patuh taat kepada pimpinan lagi). Mungkin apa yang aku tulis kat sini tak kena dgn apa yang ahli Pas percaya, tapi ini pandangan aku dan ini yang aku percaya. Maka menghormati pandangan ni malah menghormati pilihan aku untuk tidak bersama Pas adalah langkah awal untuk meninggalkan sikap self-righteousness yang semakin lama semakin membarah dalam jiwa ahli Pas.

Penutup

Aku juga nak sebut bahawa apa yang aku nampak dan rasa seperti di atas bukannya berlaku dalam setahun dua ni je, tapi dah lama sejak mula² kenal Pas.

Persoalan² praktikalnya ideologi sebegini dalam keadan Pas menjadi pemerintah adalah persoalan utama bagi aku. Dah lama dah rasa nak tinggal Pas ni, tapi bertahan sebab banyak galas tanggungjawab atas dasar memberi, dan rasa kasih pada sahabat² yang duk bekerja sekali. Tapi bila perkara² fundamental ni mula melahirkan wajah² hodoh dalam jemaah Pas, maka aku rasa tibalah masanya untuk mencari ruang baru.
Akhir sekali, nasihat aku kepada kawan² dalam Pas cuma satu:
"Jangan lupa yang pimpinan korang tu ialah politician."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger