1. Petang ini kita dikejutkan dengan penahanan YAB Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau akan didakwa sekali lagi di Mahkamah.
2.
Kali pertama dulu, YAB Lim Guan Eng telah membela seorang gadis yang
dianiaya oleh seorang pempimpin politik, bekas ketua menteri Melaka.
Hasil daripada pendedahan melalui satu surat, beliau telah didakwa di
bawah akta mesin cetak dan dihukum penjara. Mangsa dan pembela
teraniaya sedang orang yang melakukan jenayah terlepas bebas.
3.
Disebelah pihak lagi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak
mengaku terang-terangan bahawa beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun
peribadi beliau. Namun Peguam Negara diarah berhenti, Timbalan Perdana
Menteri dipecat, Menteri Luar Bandar dipecat, Menteri Besar Kedah
dipecat, Timbalan Pengarah Cawangan Khas ditukar tempat kerja,
pegawai-pegawai SPRM disiasat dan pucuk kepimpinan SPRM pula berhenti
secara mengejut.
4. Tiba-tiba dalam bulan Ramadan YAB Lim Guan Eng ditangkap dan akan didakwa atas kes rasuah. Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di Malaysia. Kita berharap pasukan pembela akan dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP ini.
5. Soalnya, rakyat Malaysia terutamanya orang Islam masih tidak sensitif dengan rasuah dan penyelewengan. Lebih menghairankan, ada dikalangan mereka bergelar pemimpin berkelulusan agama pembangkang, tetapi menyokong perdana menteri yang mengaku menerima wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.
6. Inilah corak kehidupan rakyat Malaysia terutama orang Islam. Sampai bila kita hendak berkeadaan begini dengan tidak melaksanakan tanggungjawab agama iaitu menyeru kepada makruf dan menentang kemungkaran.
7. AMANAH mengharapkan YAB Lim Guan Eng akan diadili sebaik-baiknya di mahkamah terbuka sementara rakyat perlu terus bangun melawan rasuah dan penyelewengan 1MDB atau RM2.6 bilion dan pelbagai skandal yang lain.
Selamatkan Malaysia
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
29 Jun 2016

0 ulasan:
Catat Ulasan