Home » , » Biar Umno memerintah Kelantan ..?

Biar Umno memerintah Kelantan ..?

Written By Wadah Baru on Isnin, 4 Julai 2016 | 1:03 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Merujuk kepada analisa politis Husam Musa mengenai keadaan politik Kelantan. Beliau yakin Pas akan jatuh di negeri itu pada pilihan raya akan datang. Lantas dia bertanya siapa (puak) mana akan menggantinya.

Tanpa prejudis kalau ikut hati kecil saya biarlah penggantinya Umno. Maksudnya biar Umno memerintah Kelantan. MBnya bukan Annuar Musa, tetapi biarlah Mustapa Mohamad. Mustapa dilihat sangat pantas untuk jadi MB Kelantan.

Dia juga sudah ke penghujung. Jadi elok kalau dia meninggalkan legasi politiknya sebagai MB di Kelantan. Sisa perjuangannya boleh digunakan untuk membangun Kelantan.

Potensi lain yang ada kepada Mustapa, dia seorang pemimpin yang rajin bekerja, tidak banyak kerenah, dan keikhlasannya untuk membantu Kelantan jelas.

Selain itu hubungan baik beliau dengan pihak Istana juga boleh memudahkan urusan pentadbirannya nanti.

26 tahun Pas memerintah dengan pelbagai projek Islamnya kemudian meretaKkan perpaduan dalam Pas selepas ketiadaan Nik Aziz rasanya sudah memadai dan menjadi detik penganjakan pemerintah yang sangat sesuai. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger