SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata
setiap parti dalam Pakatan Harapan seharusnya mempunyai sikap ‘merendah
diri’ untuk menerima parti baharu yang mempunyai dasar dan agenda
reformasi sama dalam menentang BN/Umno.
Beliau berkata Pakatan Harapan turut bersedia bergabung dengan parti
baharu yang ingin ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad jika mereka komited untuk bersama-sama dengan agenda yang dibawa
Pakatan Harapan.
“Kita mestilah mempunyai sikap merendah diri untuk menerima terdapat
perbezaan dalam gabungan ini (sekiranya bergabung dengan parti baharu Dr
Mahathir). Tetapi perlu juga kita menghormati satu sama lain dan
berpegang dasar bersama dalam satu agenda.
“Mana-mana individu dan pihak yang ingin membawa kepada agenda
pembaharuan sepatutnya bekerja bersama dengan Pakatan Harapan dan semua
parti pembangkang.
“Saya rasa jika kami bersama-sama mereka, kami sepatutnya boleh
membentuk satu gabungan teragung yang mana boleh menghadapi BN,” katanya
kepada pemberita di Dewan Annex SUK hari ini.
Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai penubuhan parti baharu
yang ingin ditubuhkan Dr Mahathir dalam gagasan pembangkang.
Dr Mahathir pada pertengahan Julai lalu mengumumkan satu pakatan
parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan
Amanah akan ditubuhkan untuk menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU-14) nanti.
Sementara itu, Azmin berkata pengumuman Dr Mahathir itu turut
disambut baik memandangkan objektif penubuhannya jelas serupa dengan
gabungan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN/Umno.
“Saya katakan kami (Pakatan Haraoan) mengalu-alukan semua parti politik kerana musuh kita adalah BN/Umno.
“Jika parti baharu menggariskan objektif yang jelas untuk membentuk
parti dan selari dengan dasar, kami pasti gembira untuk mengalu-alukan
mereka untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan
mengembangkan asas perjuangan kami. Kita perlu lebih inklusif bersedia
untuk PRU14.
“Kita perlu kembali ke rancangan terdahulu dan melihat bagaimana kita
boleh bekerja bersama. Kita mesti berdasarkan kepada dasar dan rangka
kerja bersama,” katanya.
Azmin harap Pakatan Harapan ‘merendah diri’ terima parti baharu
Written By Wadah Baru on Rabu, 3 Ogos 2016 | 8:19 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan