PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai
‘Ratu Naga’, berkata dia disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bukit Aman kerana catatan Facebook
menyentuh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan
Pahang Sultan Ahmad Shah.
Menceritakan kejadian itu, beliau mendakwa anggota polis masuk ke
rumah pada jam 10 pagi Selasa dan menyoalnya lebih tiga jam berhubung
catatan pada 30 Julai jam 11.21 malam yang berbunyi: “Nampak manja,
comel dan lucu”.
Dia muatnaik catatan itu bersama gambar Rosmah dan Najib yang diambil di satu majlis rumah terbuka Hari Raya di Pekan, Pahang.
Perunding pembinaan berusia 35 tahun itu berkata pegawai turut menggeledah kenderaan, rumah dan barangannya.
“Cara mereka geledah rumah saya seolah saya seorang pembunuh,”
katanya kepada FMT, dan menambah dia rasakan tidak ada apa yang salah
dengan catatannya itu.
Dia tidak akan memadam komennya kerana catatan itu pandangan
peribadinya terhadap Rosmah. “Apa salahnya mengatakan seseorang itu
manja, comel dan lucu?” soalnya.
Selepas rumah digeledah dan disoalsiasat, Syarul Ema mendakwa dia
diarah supaya hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 3 petang
dimana dia disoal selama empat jam.
“Mereka tanya mengapa saya muatnaik catatan itu. Saya jelaskan kepada
mereka yang saya tak ada niat jahat. Saya tak tulis apa-apa yang jahat
mengenai Sultan pun.”
Katanya dia diberitahu akan didakwa dibawah Akta SKMM dan menambah, “saya juga perlu beli telefon bimbit baru.”
Pada Februari tahun ini, Syarul Ema didakwa menghina perdana menteri
dengan kata-kata kesat dalam satu catatan Facebook melalui profil ‘Ratu
Naga’. Dia didakwa kerana menggunakan aplikasi rangkaian untuk membuat
dan memulakan komen yang menggusarkan terhadap Najib berhubung
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan niat untuk
menyakitkan hati orang lain.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di laman Facebook pada 6 Oktober 2015 jam 12.02 pagi.
Ratu Naga disoal SKMM kerana komen Rosmah ‘manja, comel dan lucu’
Written By Wadah Baru on Rabu, 3 Ogos 2016 | 8:25 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan