Home » , » ‘BERSATU bukan berasaskan kaum, tapi model kompromi’

‘BERSATU bukan berasaskan kaum, tapi model kompromi’

Written By Wadah Baru on Rabu, 10 Ogos 2016 | 4:06 PTG

Ahli jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, parti itu bukan "semata-mata berasaskan kaum" di sebalik keahliannya terbuka kepada bumiputera sahaja.

Beliau membuat kenyataan itu selepas menerima kritikan hebat akibat bersekongkol dengan parti berasaskan kaum itu, walaupun sebelum ini mendakwa mendukung konsep 'Bangsa Malaysia'.

"Ini bukan semata-mata berasaskan kaum. Status bersekutu serta pelantikan ke jawatan tertinggi parti. Kami juga akan bersama parti pembangkang lain.

"Ini adalah model kompromi. Parti pribumi baru (ini) akan bertanding di kubu Umno yang tidak dapat ditembusi," katanya di Twitter semalam.

Beliau juga berkata, kritikan berkenaan mempunyai asas dan diperlukan untuk memastikan parti itu kekal berada di landasan yang betul.

Aktivis belia yang menjadi terkenal apabila beliau dinobatkan sebagai pembahas terbaik Asia, mengulas kenyataan pengguna Twitter @thevesh, yang menyoal mengapa dirinya memilih untuk menjadi sebahagian daripada parti berasaskan kaum di sebalik agenda pembaharuannya.

Syed Saddiq juga menerima kritikan pedas dari pengguna Twitter popular dan penulis teknologi Effi Saharuddin, yang berkata aktivis itu telah mengkhianati ideal murni demi politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ah kamu bertukar dari Malaysia untuk Bangsa Malaysia kepada 'MELAYU!'. Syabas. Sila kutip syiling perak kamu," katanya menerusi akaun @ 1Obefiend.

Beliau juga melampirkan posting Facebook Syed Saddiq mengenai sebuah sajak puisi berhubung kebangkitan orang Melayu bagi menyelesaikan krisis kepimpinan Malaysiasekarang.

Selepas menyerahkan kertas pendaftaran BERSATU di pejabat Pendaftar Pertubuhan, semalam, presiden pro-tem parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan hanya menerima keahlian daripada masyarakat bumiputera.

Namun, katanya, masyarakat bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu dan dilantik ke jawatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger