Oleh Raja Bahrin Shah
Selepas tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat
didedahkan, pada mulanya seorang bekas menteri menuduh wujudnya komplot
untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selepas itu, ada pula yang mendakwa saman sivil itu bertujuan memporak-peranda Malaysia.
Terkini, ketua menteri Melaka pula tampil menuduh Amerika mahu membunuh orang Melayu saperti mereka membunuh rakyat Iraq!
Hebat betul panglima setia Najib dari negeri Hang Tuah ini!
Isunya sebenarnya sangat mudah sebenarnya.
Duit rakyat Malaysia dibawa masuk ke Amerika secara haram dan mereka
membekukan harta yang dibeli dengan wang haram supaya hasilnya boleh
dipulangkan kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai.
Undang-undang pengubalan wang haram diiktiraf oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2010.
Parlimen Malaysia sendiri mengetatkan
lagi hukuman di bawah undang undang pengubalan wang haram pada tahun
2014.
Rakyat dan orang Malaysia yg menceroboh sistem kewangan
Amerika di negara mereka dan bukan Amerika yang masuk campur dalam
sistem kewangan kita.
Tuduhan Amerika mahu menjatuhkan Najib dan
Malaysia sangat tidak munasabah kerana perdana menteri amat akrab
denganPresiden Barrack Obama - rakan golf bersama yang melawat Malaysia
dua kali dalam setahun.
Raja Lawak Mega
Ketika, China
mengancam ketenteraman rantau ASEAN dengan tuntutan perairan Laut China
Selatan, Amerika memerlukan sokongan semua negara ASEAN.
Seperti
dimaklumkan di Parlimen awal tahun ini oleh bekas timbalan mentri
pertahanan Malaysia, Amerika bercadang dan sedang berunding untuk
membina pangkalan tentera di Sabah.
Tuduhan Amerika hendak
membunuh orang Melayu seperti mereka membunuh rakyat Iraq selepas
menggulingkan Presiden Sadam Hussin adalah bahan sesuai untuk inspirasi
Raja Lawak Mega!
Pihak juara Melayu PERKASA pun tidak teruja dengan tuduhan tersebut.
Sadam bertindak agresif menyerang Kuwait dengan niat mengambil hasil
minyaknya. Najib hanya merampas telaga minyak Bertam 307 dari negeri
jirannya, Terengganu untuk diberikan kepada negerinya sendiri iaitu
Pahang.
Apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said
membantah, beliau dipecat hingga menyebabkan kemelut politik perang
saudara Terengganu belarutan sehingga hari ini.
Najib tidaklah sehebat Saddam. Mungkin taraf jaguh kampung sahaja bukan taraf antarabangsa lagi.
Satu lagi sebab tuduhan hendak menjatuhkan Najib tidak masuk akal
adalah kerana beliau sangat taat kepada kehendak Amerika dan Obama.
Tak segagah Saddam
Perjanjian TPPA dimeterai Najib walaupun ramai rakyat membantah sedangkan Indonesia serta Thailand pun tidak menyertainya.
TPPA adalah satu bentuk penjajahan ekonomi yang dipersetujui Najib.
Undang-undang Amerika boleh diguna pakai di Malaysia dalam apa apa
pertikaian perjanjian.
Pada tahun lalu, apabila negara-negara
sekutu Amerika dari Arab dan Afrika menjalankan latihan tentera
‘Northern Thunder’ di Arab Saudi, anehnya Malaysia pun turut serta.
Indonesia, negara umat Islam teramai dan Turki, negara Islam terdekat pun tidak menyertainya.
Najib sendiri ke Arab Saudi melawat tentera Malaysia yang bukan terdiri
dari bangsa Arab atau Afrika! Begitu sekali Najib mahu kelihatan rapat
bersama sama sekutu Amerika.
Ramai yang tidak menyedari tentera Amerika pernah membuat latihan ketenteraan di Terengganu beberapa tahun yang lalu.
Entahlah bagaimana pula sejarah akan melihat Najib dengan ketaatannya
kepada Amerika dan segala tindak tanduknya mengikut kehendak Amerika.
Apa yang nyata adalah Najib bukan seberani dan gagah seperti Saddam dan
rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan diserang oleh Amerika.
Ulama membisu
Lagi pun kerajaan Amerika dan antarabangsa lebih ingin melihat Riza
Aziz anak Najib, dan Jho Low pulang ke Malaysia menghadapi pengadilan di
negara kelahiran mereka.
Rakyat Malaysia juga ingin mendengar cerita sebenarnya dari mulut mereka sendiri.
Soalannya, adakah peguam negara akan membenarkan kes ini dibicarakan di Malaysia?
Adakah kerajaan dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
Parlimen akan membenarkan laporan Ketua Audit Negara dan laporan PAC
tentang 1MDB dibebaskan dari sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA)?
Soalannya adakah semua ahli kerajaan dan "pembangkang", penasihat
kerajaan akan mendesak kerajaan berbuat demikian. Atau adakah sebahagian
dari pembangkang yang mengelar diri mereka "penasihat" kerajaan akan
membisu sekali lagi atau berkecuali?
Sebenarnya buat masa ini
tiada kuasa luar yang berminat atau perlu menyerang kita kerana kita
sendiri semakin memusnahkan negara kita.
Kehancuran Malaysia jika berlaku bukan akan disebabkan oleh kuasa luar.
Malaysia akan dimusnahkan oleh mereka yang dipilih dan diamanahkan
rakyat untuk memerintah negara dan para argamawan yang memilih untuk
membisu walaupun mereka mempunyai ilmu dan pengaruh.
Semoga Allah memberi hidayah dan pertunjuk kepada kita semua.
Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Siapa sebenarnya yang mahu ‘bunuh’ orang Melayu?
Written By Wadah Baru on Rabu, 10 Ogos 2016 | 4:14 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan