Home » , » Khairul Azwan memang wakili Umno, tak payah sembunyi tangan

Khairul Azwan memang wakili Umno, tak payah sembunyi tangan

Written By Wadah Baru on Isnin, 1 Ogos 2016 | 11:18 PG

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terkejut dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin yang cuba menafikan tindakan naib ketua pemuda Umno, Khairul Azwan membuat laporan polis ada kaitan dengan Umno.

"Khairul Naib Ketua Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di balai polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis terhadap tiga Tan Seri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam erti kata lain katanya, Khairul buat laporan polis terhadap tiga Tan Seri dalam pengetahuan dan pesetujuan pemuda Umno serta dalam pengetahuan Khairy Jamaluddin, ketua pemuda Umno.

"Khairy Jamaluddin adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden," katanya.
PM Najib katanya, jangan buat kurang pendengaran sehingga berkata laporan polis yang dibuat Khairul atas sifat peribadi, bukan atas nama Umno.

"Najib jangan memperbodohkan rakyat dan jangan cuba untuk memisah diri dari laporan polis yang dibuat khairul, katanya.

Najib katanya, perlu mengaku apa yang dibuat Khairul iaitu laporan polis atas restu beliau dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil penyelewengan dan pencurian wang 1MDB kepada isu kononnya ada pegawai dan bekas pegawai tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan Malaysia dengan menjual maklumat kepada Amerika Syarikat.
"Persoalan yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib Presiden.
"Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat untuk buat kenyataan.

"Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) Ketua Pemuda Umno hanya menyatakan tindakkan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno tiada kena mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi budak Khairul sehari selepas Najib.

"Kenapa Khairy tidak menyatakan pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016.
"Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan.kenapa tunggu Najib buat pendirian dahulu, jelas pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada telur," katanya.

Pemuda Umno katanya, langsung tidak membawa suara keberanian anak muda.
"Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana benar.

"Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke mulut.

"Umno dan pemudanya takut dengan gelombang kemarahan rakyat khususnya pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi walaupun kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh tiga Tan Seri," katanya.

Mahfuz percaya rakyat khususnya pegawai dan kakitangan kerajaan tidak akan mempercayaai helah Umno kononnya budak Khairul buat laporan polis atas sifat peribadinya.

"Rakyat tetap mempercayaai tanpa restu Umno budak Khairul tak akan berani buat laporan tersebut dengan membuat tuduhan jahat terhadap tiga Tan Seri yang telah berkhidmat dan menyumbang jasa yang besar pada Malaysia," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger