Home » , » Pembatalan Cadangan PRN Mengejut Pulau Pinang , Suatu Keputusan Yang Tepat Dan Bijaksana

Pembatalan Cadangan PRN Mengejut Pulau Pinang , Suatu Keputusan Yang Tepat Dan Bijaksana

Written By Wadah Baru on Isnin, 1 Ogos 2016 | 11:35 PG

Oleh Hayar Hassan

Rata-rata rakyat Pulau Pinang tidak terkejut apabila mendapat berita bahawa  Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng telah membatalkan ura-ura untuk mengadakan PRN mengejut itu. Alasan kuat pembatalan cadangan tersebut adalah kerana PH tidak sebulat suara bersetuju untuk mengadakannya. PKR bimbangkan beberapa kerusi DUN yang dimenangi oleh mereka dalam PRU ke 13 dulu tidak dapat dikekalkan seandainya terjadi pertandingan tiga penjuru. Awal-awal lagi PAS, rakan lama dalam PR dahulu menyatakan bahawa mereka akan bertanding dalam banyak kawasan DUN.  Respon awal PAS ini rupanya mempunyai hikmah yang penuh erti.

Apa pun komen-komen negatif ahli-ahli politik BN dan penganalisa politik Tanah Air tercinta ini terhadap keputusan YAB KM selepas ini adalah perkara lumrah dalam politik. Kita perlu selalu ingat, kerja-kerja harian politikus adalah memberikan komen-komen negatif, kritikan dan sindiran-sindiran pedas serta provokatif terhadap musuh-musuh politik masing-masing. Idea-idea bernas selalunya dilontarkan oleh ahli-ahli akademik , konsultan-konsultan, ahli-ahli professional dan pegawai-pegawai Kerajaan.  Jarang sekali ianya datang dari politikus-politikus.

Bagi saya keputusan YAB KM PP ini memberikan signal kepada penyokong dan ahli-ahli parti –parti PH bahawa PH semakin kompak dan padu dalam banyak hal. Hormat menghormati antara pimpinan PH semakin terserlah. Kematangan dan kesepakatan mereka dalam menghadapi sebarang isu adalah sangat dinanti-nantikan oleh semua penyokong menjelang PRU ke 14. Waktu ini kita semua boleh menarik nafas lega atas keputusan bijaksana YAB KM Pulau Pinang ini.

Kita tahu bahawa YAB KM Pulau Pinang boleh saja mengabaikan pandangan dan saranan-saranan pimpinan PKR semasa membuat keputusan muktamad atas isu ini. Apatah lagi, pimpinan PKR sebelum ini pun telah membuat keputusan unilateral semasa membuat “ Kajang Move , PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK Penanti “. Tapi begitulah sentuhan-sentuhan politik LGE yang bijaksana. Kelihatannya Saudara LGE lebih mementingkan kelangsungan dan  kekompakan PH daripada sentimen kebencian DAP terhadap kebobrokan UMNO/ BN. Kepuasan perasan sendiri bukanlah matlamat utamanya. Emosi yang meluap-luap tanpa diuruskan dengan baik dan bijaksana tidak akan menjadikan ketua sesebuah Kerajaan itu berkesan dan membawa manafaat kepada rakyat dan pentadbiran negerinya. Kalau tersilap lankah, akan menambahkan banyak masalah lagi.

Dalam hal ini, Saudara LGE telah berjaya melalui ujian dengan baik. Semua pihak tidak merasa dirugikan, malahan baki masa, tenaga, wang ringgit dan fikiran yang ada boleh digunakan untuk pembangunan Negeri Pulau Pinang. Semua rakyat boleh meneruskan aktibiti-aktibiti harian seperti biasa.

Seandainya Saudara LGE masih mahu meneruskan keputusan parti DAP untuk  mengadakan PRN mengejut, dibimbangi suatu krisis politik bakal diciptakan oleh musuh-musuh PH. Dalam sejarah politik Malaysia, krisis-krisis politik  pernah terjadi di Kelantan, Perak dan Sarawak. Orang-orang lama dalam politik yang masih hidup seperti Saudara Lim Kit Siang pastinya boleh bercerita secara panjang lebar akan kisah-kisahnya.

Akhirnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara LGE atas keputusan muktamadnya yang tepat dan bijaksana atas isu ini. Saudara LGE sepertinya amat memahami dan menghayati suatu peribahasa Melayu yang berbunyi, “  Yang Dikejar Tidak Dapat, Yang Dikendung Berciciran “. Usahlah kita mensia-siakan apa yang telah secara sah kita miliki, demi mengejar sesuatu yang belum tentu kita  perolehi. Seorang suami mitahali tidak akan mensia-siakan isterinya dirumah yang telah lama hidup bersama dengannya, semata-mata hanya untuk mengejar-ngejar gadis cantik di luar yang belum tentu baik !

Kesabaran dan penuh berhati-hati dalam semua tindakan yang melibatkan isu-isu besar pastinya tidak akan membuat kita khilaf dan tersalah langkah.  Menghargai ikatan persahabatan dan setiakawan memang dituntut dalam semua budaya dan peradabpan.  Syabas YAB Saudara Lim Guan Eng !.  Tuan telah melakukan sesuatu yang betul. Marilah kita amalkan slogan “ BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL “.

Sekian, terima kasih.

Hayar Hassan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger