Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa, Datuk Seri Najib
Razak dan isterinya telah membeli hormon anti penuaan bernilai RM1.4
juta menggunakan wang berkait dengan 1MDB.
Mengikut laporan itu, kata Husam dalam kenyataannya, Najib dan isteri
menggunakan hormon anti penuaan yang tercanggih dan termahal.
"Dengan cara ini, tidak mustahil DS Najib dan isteri kekal menerajui Malaysia bagi tempoh yang lama.
"Salah satu pembayaran menggunakan wang berkait 1MDB adalah untuk bil hormon suplemen berkenaan - RM 1.4 juta!
"Kata laporan itu, dokumen berkait pembayaran bil hormon terdapat dalam laporan SPRM.
"Sehingga kini, laporan itu tidak dinafikan," kata Husam dalam kenyataan itu.
Menurut Husam, berdasarkan ucapan-ucapan beliau sendiri dalam jelajah
merasmikan Mesyuarat Agung Umno Bahagian kini, Malaysia sangat
memerlukan sosok bernama Najib Tun Razak.
"Apa salahnya kita mengharapkan beliau panjang umur. Terus mentadbir Malaysia untuk seratus tahun akan datang.
"Itulah caranya untuk menjadikan UMNO dan Malaysia terus kukuh - mengikut ukuran DS Najib," katanya.
Jika ini berterusan, katanya, bayangkan jumlah wang yang perlu
dibelanjakan oleh negara untuk mengekalkan DS Najib terus hidup untuk
mentadbir semua rakyat bagi seratus tahun akan datang.
"Tapi apa salahnya, asal rakyat bahagia.......Saya seronok jika
beliau hidup lama untuk membolehkan DS Najib melunaskan hutang-hutang
negara yang telah dilakukan sebelum ini bila tiba tempoh matang
hutang-hutang itu. Termasuk hutang-hutang 1MDB!" katanya.
Menurut
Husam, paling dekat untuk matang, mengikut senarai dalam buku Laporan
PAC mengenai 1MDB , ialah pada tahun 2022 sejumlah RM 19 billion
termasuk bunga.
Bermakna 6 tahun dari sekarang, katanya.
Jika diandaikan PRU 14 adalah pada tahun 2017 dan lima tahun kemudian
PRU 15 diadakan, maka DS Najib kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB
itu pada tahun PRU 15 diadakan iaitu tahun 2022.
"Syabas! Pada waktu itu, umur DS Najib adalah 69 tahun. Masih muda," katanya.
Kata Adun Salor itu, pada umur Najib 70 tahun iaitu setahun kemudian,
beliau kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM 15.7 billion
lagi!
Bon pertama dikeluarkan 1MDB berjumlah RM 5 billion pula akan matang pada tahun 2039.
Mengikut laporan PAC lagi, apabila tempoh matang pada tahun 2039
nanti, negara perlu membayar sebanyak RM 13.625 billion iaitu RM 5
billion untuk bayaran pokok dan RM 8.625 billion lagi untuk bayaran
keuntungan.
Pada hal, jumlah bersih yang diperolehi oleh 1MDB dari bon ini hanya
RM 4.3 billion kerana pelbagai yuran yang dikenakan adalah tertinggi,
katanya.
"Ini kelebihan cara DS Najib. Jangan bimbang. 2039 adalah dua tahun
selepas PRU 18 dengan andaian setiap lima tahun PRU akan diadakan.
Parlimen tidak digantung kerana negara didharuratkan seperti dilakukan
Marcos. Umur DS Najib di waktu itu adalah 86 tahun.
"Saya tidak pasti saya masih hidup atau tidak, kerana saya seperti
mana rakyat Malaysia yang lain, kami tidak mampu membeli hormon anti
penuaan semahal digunakan oleh PM kesayangan ramai. Di samping itu,
negara juga perlu menjelaskan tanggungan lain," katanya.
Antara terbesar, mengikut Laporan PAC, katanya, 1MDB terhutang kepada
rakan kongsinya IPIC sebanyak USD 1 billion atau RM 4 billion.
"Namun kini, IPIC mendakwa Malaysia terhutang kepadanya sebanyak USD 6.5 billion atau RM 26 billion!" katanya.
Ini kerana, bayaran yang dibuat oleh 1MDB tersalah masuk ke dalam
akaun syarikat yang namanya serupa dengan anak syarikat IPIC tetapi
entitinya berbeza! Aabar dua serupa!
"Hebat! Hanya Malaysia Boleh! Ia kini dalam proses untuk perbicaraan di Mahkamah Arbitarasi London.
"Jika 1MDB kalah, melayang lah lagi wang negara kita sejumlah RM 26 billion itu," katanya.
Bagi Husam, kalau dibangunkan negara kita dengan dusun moden musang
king dengan wang sejumlah itu, bayangkan betapa makmurnya rakyat
Malaysia menikmati durian yang enak itu.
"Tak dapat makan hormon anti penuaan, dapat makan musang king pun dah satu keberkatan bagi rakyat," katanya menyindir Najib.
Bagi, katanya, memandangkan kewangan Malaysia sangat kukuh, jumlah sebesar itu enteng saja bagi DS Najib menguruskannya.
Sekalipun pendapatan Petronas merosot 96% dari biasa kerana kejatuhan
harga minyak, dengan sumbangan rakyat Malaysia melalui GST dan kenaikan
terus menerus bil elektrik, negara akan terus kukuh di bawah DS Najib,
sindir Husam.
"Jika negara kita ada masalah, banyak lagi aset yang kita boleh jualkan kepada negara asing," katanya lagi.
Untuk 100 tahun akan datang, katanya, negara akan menyaksikan banyak
lagi ragam kepimpinan DS Najib dalam menerajui Malaysia dan UMNO untuk
kekal kukuh.
"Saya turut berbangga bersama ahli Umno yang sentiasa setia mengekori walau apa pun dunia kata.
"Seratus tahun akan datang, sungguh mendebarkan....Apa lagi untuk
orang bernama Zahid dan Hishamuddin," kata ahli politik dari Kelantan
itu.
Najib didakwa beli hormon anti penuaan RM1.4 juta guna wang 1MDB
Written By Wadah Baru on Khamis, 25 Ogos 2016 | 1:37 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan