Home » » Petroleum: Celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu

Petroleum: Celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu

Written By Wadah Baru on Rabu, 3 Ogos 2016 | 8:34 PG

Oleh AHMAD AMZAD HASHIM 

Saya baca berulang kali kenyataan demi kenyataan yang telah dibuat oleh pemimpin Umno Terengganu berkaitan hasil dari sumber petroleum dan kaitannya dengan negeri Terengganu.

Dari zaman Datuk Seri Idris Jusoh yang menyerah hasil royalti minyak Terengganu kepada kerajaan pusat, sehingga pada waktu itu mahu berbelanja wang sendiripun kena 'melutut' kepada pegawai di Perbendaharaan (Tan Sri Shamsuddin Hitam ketika itu). Sehingga zaman Datuk Seri Ahmad Said yang diam-diam tanpa pengetahuan Dun membatalkan tuntutan saman royalti petroleum Terengganu. Sehinggalah zaman MB sekarang Ahmad Razif yang tak membantah apabila diumumkan secara terbuka tiada minyak di Terengganu.

Dalam masa yang sama awal tahun ini dalam ulasan pengurangan bajet negeri disebut oleh Razif pemotongan itu ekoran pengurangan hasil petroleum negeri oleh kejatuhan harga minyak dunia.

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), seorang pemimpin pemuda Umno membuat kenyataan kadar tol perlu dikaji balik kerana ia dibina menggunakan wang royalti petroleum Terengganu.

Nampak tak keliru dan celarunya isu petroleum Terengganu ini?

Pemikiran celaru pemimpin Umno Terengganu ini tenyata kerana  'dibengongkan' oleh pemimpin 'agung' mereka yang berada di Pusat.

Dalam pada mereka nafikan Terengganu mempunyai hasil petroleum, konon hasil minyak yang ada adalah milik Kerajaan Pusat,

1) Kerajaan dan pemimpin Umno negeri jugalah yang berterusan menyebut berkenaan hasil pendapatan petroleum negeri.

Kalau betul ia milik kerajaan pusat, atas peruntukan mana pula negeri Terengganu boleh ada hasil petroleum manakala negeri lain pula tiada?

2. Mantan MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan tuntutan royalti minyak dari carigali di medan PM307 Bertam yang dikatakan berada di dalam perairan Terengganu. MB Terengganu sekarang pula tidak pernah menafikan Terengganu membuat tuntutan.

Kalau bukan milik Terengganu, tiada minyak di Terengganu, atas asas apa pula untuk dibuat tuntutan?

3. Jika medan Bertam yang ada kekeliruan sama ada dalam perairan Terengganu atau Pahang pun kita tuntut hak Terengganu di atas hasil petroleum, tidakkah 'karut dan tak masuk akal' namanya kita menafikan pula hak kita terhadap begitu banyak medan carigali minyak yang tiada siapapun pernah pertikaikan berada di perairan Terengganu selama ini.

Celaru dan haru biru pemikiran rakyat dan urusan perjanjian petroleum semata-mata kerana agenda politik kuasa Umno yang sempit.

Tolak Umno. -

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger