Oleh MUAMMAR QADDAFI
Membaca tulisan saudara Amzad Hashim dalam Harakah Daily bertajuk
"petroleum: celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu" menarik
perhatian saya dalam usaha beliau membawa kempen tolak Umno kepada
rakyat Terengganu.
Beliau menerangkan bahawa kecelaruan pemimpin Umno yang menafikan
Terengganu memiliki petroleum dan mendakwa ia milik kerajaan Pusat,
namun pada masa yang sama berterusan menyebut berkenaan hasil pendapatan
petroleum negeri serta memetik mantan menteri besar sebelum ini, Ahmad
Said menegaskan ada berlaku tuntutan terhadap royalti minyak dari
carigali di medan PM307 Bertam yang dikatakan berada di dalam perairan
Terengganu.
Membaca tulisan beliau tidak dapat tidak saya nafikan bahawa beliau
benar, betapa celarunya pemimpin Umno "dibengongkan" pemimpin pusat,
keberadaan mereka sebagai pentadbir kerajaan negeri Terengganu tidak
ubah seperti boneka yang akur pada arahan pusat walaupun ia merugikan
kerajaan negeri.
Namun saudara Amzad mungkin hanya berjaya melihat kegagalan Umno tapi
gagal pula melihat kegagalan Pas untuk menangani masalah ini. Masalah
Terengganu ini, kalau Umno yang jadi pembangkang, Sudah lama kerajaan
yang tidak stabil ini tumbang, entah kenapa Pas sebagai musuh tradisi
Umno di Terengganu, samada takut mahupun pondan untuk bertindak menukar
kerajaan negeri di saat bergolaknya kestabilan politik Umno Terengganu
sekaligus terus menerus membenarkan pemimpin yang celaru ini berterusan
mentadbir negeri.
Kemelut politik yang melanda Umno Terengganu sewajarnya dimanfaatkan
sepenuhnya untuk menukar pemimpin yang bercelaru kepada yang lebih waras
fikirannya namun semua itu tidak berlaku mungkin dek merasakan tidak
ada redha Allah sekiranya Pas bertindak mengambil alih kuasa selain
selepas pilihan raya, melainkan musuh Umno ini tidak kurangnya juga
kecelaruannya.
Adakah ia juga bermaksud Pas terengganu tidak mempunyai governing mindset. Iaitu tidak bersedia utk mentadbir kerajaan negeri.
Mungkin terbawa bawa nyilu pengalaman ngeri persepsi huru hara yang
timbul semasa mereka diberi kuasa satu penggal, kemudian dinyahkan.
Persoalan ini ada asasnya apabila Pas gagal mengambil peluang
ketidakstabilan politik Umno Terengganu sekaligus membenarkan Umno terus
mencelarukan rakyat hasil pemikiran celaru mereka.
Sekiranya begini Pas dicadang mencari jalan pintas untuk berkongsi
memerintah Terengganu secara direct deal dengan Umno, bersembunyi
kelemahan nereka dibelakang Umno sememangnya jalan terbaik untuk Pas
dilihat sebagai penasihat kerajaan negeri, mungkin negeri Terengganu
memerlukan parti lain sebagai ganti Pas untuk mengantikan Umno
memandangkan Pas tidak mempunyai keberanian yang cukup untuk mengambil
alih kuasa dari pemimpin pemimpin Umno yang bercelaru ini.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan