Oleh Arif Atan
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu tampil
membersihkan dirinya dengan berani menyaman akhbar Wall Street Journal
(WSJ), kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan jika Rosmah gagal berbuat demikian.
"Ketua Pesuruhjaya baru SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad perlulah
mengotakan janjinya untuk menyiasat setiap kes korupsi secara amanah,
tegas dan adil.
"SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara
mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa," ujarnya dalam
satu kenyataan.
Faiz mengulas laporan WSJ berkenaan perbelanjaan Rosmah antara 2008
dan 2015 yang mencecah AS$6 juta (RM24 juta) untuk membeli pakaian,
kasut dan barangan kemas.
Beliau berkata, pendedahan terbaharu itu menimbulkan spekulasi bahawa
wang tersebut berasal daripada jenayah penyelewengan dan pengubahan
wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Amat menghairankan bagaimana Rosmah mempunyai wang sebanyak itu
untuk berbelanja mewah ke atas barang kemas, pakaian, beg tangan, kasut
dan sebagainya kerana beliau tidak bekerja dan tidak juga menerima
pencen.
"Perbelanjaan mewah ini pula dilakukan di luar negara yang pasti
keuntungan cukai ke atas barangan tersebut dinikmati negara asing,
sedangkan rakyat di negara sendiri dipaksa mengikat perut untuk membayar
cukai GST," jelasnya.
Menurutnya, pendapatan Datuk Seri Najib mustahil mencukupi untuk membayar sebanyak AS$6 juta itu.
"Adakah jumlah tersebut pernah diisytiharkan oleh Perdana Menteri
sebagai wang simpanannya? Adakah cukai pendapatan dibayar? Adakah zakat
dikeluarkan?" bidas Faiz.
Beliau yang juga peguam berkata, Rosmah boleh dianggap sebagai rakan
jenayah (accomplice) kepada pemerintahan kleptokrasi suaminya yang
menyeleweng wang rakyat.
"Hukuman bagi seorang 'accomplice' adalah sama beratnya dengan penjenayah utama," tegasnya.
Beliau menyifatkan perbelanjaan mewah oleh Rosmah daripada sebahagian
wang haram yang dirompak dari 'scam' 1MDB adalah anggapan munasabah.
Ini memandangkan, jelasnya, pendedahan saman 'civil forfeiture' oleh
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bahawa Malaysian Official 1
yang menyerupai Perdana Menteri didakwa secara positif telah menerima
wang melebihi RM2.6 bilion hasil rompakan wang 1MDB.
Faiz turut menuntut supaya Peguam Negara mengarahkan skandal 1MDB disiasat semula secara bebas dan menyeluruh memandangkan dunia sedang memerhati Malaysia.
"Jangan biarkan negara mengulangi nasib rakyat Filipina sewaktu pemerintahan Presiden Marcos.
"Rosmah Mansor dan anaknya Riza Aziz yang berbelanja mewah serta
memiliki harta berbillion ringgit hasil titik peluh rakyat tidak harus
dibiarkan bebas.
" Jika tidak, bukan sahaja dunia mentertawakan kita, malahan generasi
akan datang pasti menyumpah kita kerana institusi-institusi
penguatkuasaan seperti SPRM, polis dan Peguam Negara takut untuk
bertindak," tegasnya lagi.
WSJ baru-baru ini mendedahkan dokumen-dokumen baru yang ditelitinya
mendapati Rosmah berbelanja sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj
kad kredit di beberapa gedung beli-belah seperti di Harrods dekat London
dan Saks Fifth Avenue di New York.
Sebelum ini, akhbar sama mendedahkan Rosmah berbelanja sebanyak €
750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan
Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.
Belanja RM24j antara 2008-2015, Rosmah dicabar saman akhbar WSJ
Written By Wadah Baru on Selasa, 13 September 2016 | 10:21 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan