PUCHONG: Naib Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysi (PPBM)
yang baru ditubuhkan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu melihat kerjasama
secara rasmi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat parti.
“Kami berharap ia akan menjadi kerjasama rasmi di peringkat parti dengan parti.
“Adalah penting untuk mendapat sokongan Anwar (untuk tujuan ini),
khasnya komitmen daripada PKR sendiri,” katanya selepas menghadiri
sebuah ceramah, semalam.
Bekas menteri besar Kedah itu mengulas tindakan bapanya, Tun Dr
Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar yang menimbulkan banyak
persoalan di kalangan orang ramai.
Isnin lalu, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu membuat
penampilan mengejut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri
pendengaran permohonanan Anwar mencabar penangguhan sementara
pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut bekas perdana menteri itu, pertemuan mereka sekadar membincangkan Akta MKN.
Mukhriz berkata, ketika ini, kerjasama Dr Mahathir dan Anwar hanya untuk Akta MKN semata-mata.
“Daripada pemahaman saya, Tun (Mahathir) memberi input mengenai apa
yang harus dimasukkan dalam afidavit Anwar yang merupakan beberapa
perkara difikirkannya dapat membantu kes itu,” katanya.
Mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan Mac tahun depan, adun
Ayer Hitam itu berkata, tidak kira apa yang berlaku, parti pembangkang
perlu bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
“Masa untuk kita bersiap sedia sangat pendek. Suka atau tidak, kita mesti bersedia menghadapi pilihan raya.
“Ada beberapa andaian dibuat sesetengah pihak yang pilihan raya
mungkin diadakan tahun ini. Jadi, tidak kira apa yang berlaku, kita
mesti bersedia,” katanya.
Antara persediaan yang perlu dilakukan parti pembangkang ialah
mengenal pasti calon berpotensi dan memulakan rundingan dengan parti
lain di kalangan pakatan pembangkang bagi memastikan pertandingan satu
lawan satu.
“Melalui rundingan, kita boleh elak berlaku pertembungan calon. Jadi, kita perlu lakukan ini secepat mungkin,” katanya.
Mukhriz mahu lihat kerjasama dengan Anwar di peringkat parti
Written By Wadah Baru on Ahad, 11 September 2016 | 10:31 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan