Pejabat Dun Salor yang kini bertukar daripada pusat khidmat Adun Pas
kepada pusat aduan rakyat Amanah adalah kerana pemilik premis berkenaan
memberi amanah kepada Datuk Husam Musa untuk berbuat demikian.
"Dulu pemilik tempat ini memberi amanah kepada saya untuk menjalankan
aktiviti Pas tapi sekarang telah menukar amanah itu supaya saya jadikan
pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Adun Salor itu dalam
ucapan di majlis memperingati hari Wukuf anjuran Amanah negeri Kelantan
pagi ini.
Majlis yang diadakan di surau dalam kompleks kediaman keluarga beliau
itu dimulakan dengan acara "Quran Hour" dengan hadirin membaca mushaf
beramai-ramai.
Husam berkata konsep amanah adalah teras dalam menghayati ajaran
Islam dan tidak patut ada pihak yang bersikap sebaliknya dengan membuat
tuduhan palsu berkait kedudukan pejabat berkenaan.
"Memang pejabat tu bukan milik tok nenek saya, tapi ada tuannya yang sah," katanya.
Dalam ucapanya beliau membacakan kisah perbandingan antara Nabi Yusuf dan Nabi Musa alaihimas salam.
Dalam kisah nabi Musa katanya, kakaknya sayangkan adiknya dengan mengikut kotak bayi adiknya hingga terdampar di istana Fir'aun.
"Manakala dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abangnya merancang untuk
mengkhianatinya dengan mencampak ke dalam perigi buta," katanya.
Kisah dua nabi itu menurut beliau amat relevan dengan situasi dakwah dan perjuangan pada masa sekarang.
"Dalam membawa misi kebenaran sekarang kita berhadapan dengan mereka
yang sayang kepada pasukan kita dan ada yang menzahirkan kebencian
melampau hingga sanggup memfitnah dengan cerita-cerita bohong," katanya.
Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya
Written By Wadah Baru on Ahad, 11 September 2016 | 6:19 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan