Home » , » Muhyiddin titis air mata lihat pertama kali bendera PPBM berpijak di bumi

Muhyiddin titis air mata lihat pertama kali bendera PPBM berpijak di bumi

Written By Wadah Baru on Ahad, 11 September 2016 | 1:17 PTG

"Buat pertama kali saya melihat bendera saya berpijak di bumi Malaysia, buat pertama kali juga di Negeri Sembilan," kata Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malam tadi adalah majlis pertama selepas PPBM diluluskan sebagai sebuah parti politik baharu oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 9 September lalu.

"Saya rasa nak menitis air mata berkibarnya bendera parti pribumi di Jelebu petang tadi dan Ampangan malam ini."

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika melihat bendera parti barunya berkibar malam tadi.

Beliau bercakap demikian pada 3,000 penyokong dalam Program jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan malam tadi.

BEBANAN RAKYAT

Muhyidin berucap di Ampangan Negeri Sembilan malam tadi.Muhyidin berucap di Ampangan Negeri Sembilan malam tadi.Dalam majlis malam tadi, Muhyidin menekankan isu utama sekarang adalah kenaikan bebanan rakyat.

Bekas timbalan perdana menteri itu mendedahkan daripada penyelidikan yang dilakukan oleh empat orang profesor untuk mengkaji beban sara hidup rakyat.

"Daripada perbandingan yang dibuat empat orang profesor itu, dapatan mereka pada tahun 2012 dalam tempoh 4 tahun ini (2016) kenaikan kos tiga kali ganda iaitu 209 peratus beban dalam setiap perkara yang dibangkitkan rakyat selama ini.

"Tidak ramai fikir soal 1MDB sekarang ini. Pandangan saya apa yang ditanggung adalah kesusahan dan penderitaan yang dihadapi sebahagian besar rakyat hari ini.

"Dari laporan itu jelas terbukti situasi negara begitu cukup membimbangkan, " ujarnya.

Katanya lagi kerajaan BN gagal selesaikan masalah kehidupan rakyat. Kesusahan yang sedang ditanggung rakyat kerana pendapatan tidak memadai menampung hidup rakyat.

"Ini bukan cerita omongan kosong. Rakyat sekarang melakukan dua kerja seperti Ahmad Maslan cakap.

"Sebab itu saya tidak percaya lagi pemimpin Umno lebih-lebih lagi Najib Razak," ujarnya.
Malam tadi juga Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menerima 1,000 borang keahlian PBBM.

Dimaklumkan juga 30 cawangan parti itu akan di buka di Negeri Sembilan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger