Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Dr Haron Din yang dilaporkan telah kembali menghadap pencipta pada Jumaat penghulu segala hari, hari ini.
Bagi AMANAH, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bukan sahaja buat gerakan dakwah negara ini, malah juga seluruh rakyat Malaysia umumnya.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat khususnya dalam aspek dakwah dan bidang perubatan alternatif.
Walaupun berbeza dari sudut pendekatan dan parti politik sekarang ini, saya percaya seluruh ahli AMANAH juga atas nilai karamah insaniah dan persaudaraan Islam, turut merasai kehilangan Allahyarham.
Apatalah lagi, ramai di antara kami pernah bersama lama dalam satu wadah sebelum ini.
Semoga ahli keluarga Allahyarham bersabar di atas ujian ini dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Harapan baru
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
16 September 2016
0 ulasan:
Catat Ulasan