Home » , » Rosmah shopping sakan, kalau ada gunung emas pun boleh rata

Rosmah shopping sakan, kalau ada gunung emas pun boleh rata

Written By Wadah Baru on Khamis, 15 September 2016 | 1:48 PTG

KUALA LUMPUR,  DAP melahirkan rasa hairan dan takjub dengan tabiat berbelanja Datin Seri Rosmah Mansor, yang dilaporkan akhbar The Wall Street Journal telah berhabis sehingga US$6 juta membeli pakaian, kasut dan barang kemas.

“Jika suaminya Datuk Seri Najib Razak tidak membelanjakan satu sen pun daripda pendapatan tahunan beliau sebanyak RM284,194.89 sebagai Perdana Menteri, gaji tersebut hanya boleh bertahan selama satu bulan dua hari sahaja, jika mengikutkan perangai berbelanja isterinya.”

Demikian reaksi Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mengulas perbelanjaan sakan isteri Perdana Menteri itu yang didakwa berlangsung antara tahun 2008 sehingga 2015.

“Kalau ada gunung emas pun boleh rata,” ujar Lip Eng.

Menurut perkiraannya jumlah perbelanjaan Rosmah adalah bersamaan US$2,055 atau RM8,448 sehari (pada kadar tukaran hari ini) dari tahun 2008 sehingga 2015.

“Isteri Perdana Menteri itu, yang menjadi penaung Permata – sebuah badan yang membantu kanak-kanak kurang berkemampuan, boleh menaja 8 orang dewasa berasaskan kadar gaji minima RM1000 sebulan, dengan perbelanjaan beliau sehari, dan masih mempunyai baki sebanyak RM448,” tambah Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu..

Bagi beliau, Datin Seri Rosmah mesti memilih sama ada untuk menafikan atau mengiyakan laporan WSJ itu.

“Adakah beliau akan kemudiannya menyaman WSJ kerana telah berbohong dan memfitnah beliau, atau adakah Rosmah akan terus berdiam diri dan mengesahkan laporan WSJ itu?” soalnya.

Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya segera menjalankan siasatan bagi memeriksa sama ada Najib dan Rosmah telah membayar cukai antara tahun 2008 hingga 2015 yang berpadanan dengan perbelanjaan US$ 6 juta itu. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger