Tunjuk perasaan para pelajar, paling hebat di zaman almarhum Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1970an. Tunjuk perasaan Baling di atas kemiskinan dan kejatuhan harga getah pada waktu itu. Parti-parti politik sentiasa membuat himpunan kecil atau besar untuk menyampaikan hasrat mereka kepada mana-mana pihak secara aman.
Secara umumnya, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.
Menjelang pilihan raya 2008, parti-parti politik dan NGO menjalankan usaha untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kebebasan media serta ketelusan kakitangan kerajaan sehingga himpunan BERSIH di anjurkan pada 10 November 2007.
Himpunan yang begitu besar melibatkan pimpinan politik utama, Keadilan, DAP dan Pas bersama NGO menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Tuntutan Bersih yang di kemukakan berjalan dengan aman walaupun beberapa orang yang kemudiannya didakwa di mahkamah termasuklah saya sendiri.
Himpunan ini diikuti dengan himpunan Bersih 2, kemudian Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), dan seterusnya Bersih 4. Himpunan rakyat untuk menuntut keadilan terutama kebersihan dalam pilihan raya bermula lebih awal. Tidak ada kena mengena dengan Arab Spring yang berlaku dalam tahun 2011.
Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan Bersih meniru atau lanjutan daripada Arab Spring. Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain. Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 ini.
MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
0 ulasan:
Catat Ulasan