BUTTERWORTH: Mereka yang tidak boleh terima gaya demokrasi DAP boleh
keluar parti, kata timbalan setiausaha agungnya selepas seorang ahli
meletak keahlian kerana kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
P Ramasamy berkata ahli parti bebas untuk membantah namun ketidakpuasan hati mereka tidak mencerminkan parti secara keseluruhan.
Beliau menolak dakwaan DAP mengorbankan prinsip, kerana mereka
sekadar bekerjasama untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan
datang.
“Politik adalah seni kemungkinan,” tegas Ramasamy. “Kita perlu
kumpulkan kekuatan semua orang untuk pastikan Umno dan BN tewas pada
pilihan raya nanti. Jadi dimana salahnya?
“Kami masih berprinsip. Menjadi sekutu orang yang juga mahu
menjatuhkan rejim yang korup tidak bermakna kami mengorbankan prinsip.”
“Orang itu (yang mahu menewaskan BN) perlu dihalau atau disambut
dengan tangan terbuka?” kata Ramasamy selepas perasmian program
Pengubahan Francais Perusahaan Kecil dan Sederhana di Hotel Sunway,
Seberang Jaya.
Baru-baru ini, Shamsher Singh Thind dari bahagian Taman Chai Leng
meletak keahlian susulan hubungan baik antara DAP dan Dr Mahathir.
Shamsher berkata DAP harus menuntut Dr Mahathir memohon maaf atas kesalahan lampau.
Lebih-lebih lagi apabila semua dakwaan yang dilemparkan pimpinan
pembangkang dan DAP terhadap Dr Mahathir boleh dikumpul menjadi satu
tesis, katanya.
Ramasamy akui ramai pimpinan pembangkang yang teraniaya semasa negara di bawah pemerintahan Dr Mahathir.
“Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menderita, tetapi isteri hari ini boleh menerima beliau.
“Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh juga menderita, tetapi Kit Siang sudah maafkan beliau.
“Jadi mengapa orang lain tidak boleh bersikap terbuka dan memaafkan Mahathir?” soal Ramasamy.
Ramasamy berkata tiadak seorang ahli yang tidak diperlukan, tetapi DAP perlu bergerak ke hadapan demi negara.
Ramasamy: Boleh keluar DAP kalau tak suka Dr M
Written By Wadah Baru on Khamis, 8 Disember 2016 | 10:07 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan