Home » , » Ahli diminta buktikan Amanah parti masa depan

Ahli diminta buktikan Amanah parti masa depan

Written By Wadah Baru on Sabtu, 8 April 2017 | 8:52 PTG

Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini jelas semakin diterima di pentas politik Malaysia adalah wadah yang serasi dengan keperluan masa depan masyarakat dan negara.

Ketua pengarah pilihan raya Amanah nasional, Dr Hatta Ramli berkata perkara ini perlu a dibuktikan oleh semua ahli parti di mana saja mereka beraksi.

“Dari segi pra sarana semua gerak kerja akan berasaskan teknologi terkini manakala cara kita berkempen dan menghadapi mesyarakat perlu dengan penuh berhemah dan tidak beremosi,” katanya dalam ucapan di majlis perasmian program roadshow biro pilihan raya (BPR) Amanah nasional bagi zon timur.

Aiman Athirah yang berucap menggantikan Dr Hatta.Aiman Athirah yang berucap menggantikan Dr Hatta.Ucapan beliau disampaikan timbalan pengarah BPR nasional, Aiman Athirah al Jundi di sebuah resort di Besut pagi ini.

Menurutnya ahli-ahli parti Amanah walaupun baru bersama Amanah kebanyakan mereka sebenarnya pemain-pemain profesional dalam gerakan pilihanraya.

“Misalnya untuk jentera BPR nasional hampir kesemua yang bersama dalam parti dulu kini ada dalam BPR Amanah,” katanya.

Pilihan raya umum akan datang (PRU 14) katanya akan menyaksikan pertembungan taktikal dan strategi.

“Banyak perubahan akan berlaku dan pergantungan kepada gajet baru dan input komunikasi lebih canggih.

“Akses kepada ceramah sebagai contoh, dengan aplikasi siaran lansung (live streaming) yang mudah hanya menggunakan telefon bimbit sekarang, pendengar sebenar boleh diperluas berganda-ganda berbanding sekadar mereka yang hadir,” katanya.

Ciri pertembungan masa depan juga adalah perlawanan adalah bergantung sepenuhnya kepada hujah dan kekuatan ilmu.

“Zaman guna sikut lutut dan sumpah seranah telah berlalu.

“Sebab itu ahli Amanah perlu siapkan diri bagi bergerak dalam medan pertembungan masa depan,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger