Oleh Abu Hassan Adam
Mungkin agak keterlaluan jikalau aku katakan baahwa pemimpin PAS berada dalam suasana ‘kepanasan’. Macam cacing kepanasan. Opah aku dulu kata macam ‘kacau-kena’. Orang putih kata seperti dalam ‘dilemma’. Serba salah. Tidak ketentuan.
Mungkin dan pastinya tidak dipersetujui oleh ramai orang terutama pemimpin PAS ynag tidak bersetuju dengan kenyataan aku itu. Tak apa. Ini adalah persoalan persepsi. Aku rasa begitulah keadaannya. Begitulah kesimpulan yang dapat aku buat. Namun tentulah ada asasnya mengapa aku mengatakan demikian. Tentulah aku tidak menuduh sebarangan tanpa alasan yang kukuh.
Apa tidaknya…
Aku nampak semacam pemimpin tertinggi PAS tidak selari dan se-ia sekata dalam memberikan arah tuju dan kepimpinan PAS. Setiap pemimpin semacam bebas untuk membuat kenyataan dan setiap kenyataan semacam dasar perjuangan PAS. Dan kelihatan kini DS Haji Hadi Awang banyak ‘senyap’ dari berkata-kata. Mungkin baginya ‘senyap’ itu lebih berfaedah. Ataupun beliau sudah hilang ‘kawalan’ terhadap pemimpin lain yang begitu ghairah mengeluarkan kenyataan. Ataupun mungkin DS Haji Hadi tidak termampu untuk meletakkan dirinya seperti Arwah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz. Sepatutnya dasar yang menentukan hala tuju hanya dibuat oleh Presiden PAS ataupun tokoh yang diamanahkan oleh kepimpinan.
Keadaan yang wujud dalam PAS kini seolah-olah ‘free for all’. Dan tentunya tidak boleh disamakan dengan zaman kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dulu. Arah tuju kepimpinan PAS amat jelas dan tidak dapat diperkotak-katikan oleh sesiapa pun samada kawan atau lawan. Bukan tidak ada cadangan dan dasar yang diketengahkan oleh Tuan Guru yang tidak dipersetujui oleh jemaah, namun disebabkan ketegasan dan ketokohan Tuan Guru Nik Aziz maka kepimpinan parti berkenaan dapat diikuti oleh semua dan berjalan dengan lancar.
Mungkin juga Tuan Guru Nik Aziz tidak mempunyai ‘agenda tersembunyi’ dalam menerajui PAS. Maka dengan sebab itu jalan dan langkah yang diaturnya adalah amat jelas untuk diikuti oleh ahli PAS. Dan berbeza dengan kepimpinan PAS kini yang masing-masing berkemungkinan ada mempunyai ‘agenda ‘ tersendiri menyebabakan parti ‘haru-biru’ dan tidak ketentuan. Mungkin!...
Namun begitu PAS bernasib baik disebabkan ‘memiliki’ pengikut yang amat setia di peringkat akar umbi. Walaupun sudah ramai yang ‘berpindah’ namun seolah-olah masih ada lagi saki baki pengikut setia ini yang masih tidak mahu mengubah pandangan mereka terhadap parti mereka walaupun jelas menampakkan yang parti kesayangan mereka sudah menyimpang agak jauh dari perjuangan asal. Dan yang jelasnya mereka langsung tidak nampak bahawa parti mereka itu semacam sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan dan perkembangan Kurun ke 21.
Inilah yang dikatakan ‘fixed deposit’ yang dimiliki oleh PAS. Dan begitu juga dengan UMNO. Kedua-dua parti ini agak beruntung kerana memiliki ‘fixed deposit’ sedemikian. Masih ada lagi saki baki rakyat Melayu ( di kampung dan di bandar juga) yang sanggup ‘bermatian’ kerana UMNO. Dan menjadi tugas Pakatan Harapan atau pembangkang lain untuk merobohkan ‘benteng’ ini sekiranya mahu memenangi PRU akan datang.
Kepimpinan tertinggi PAS menjelaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam apa bentuk sekali pun tetapi apa yang diperhatikan oleh umum menampakkan bahawa PAS menjalinkan hubungan yang begitu akrab dengan UMNO. Rakyat nampak dengan jelas hubungan kemesraan antara UMNO dengan PAS itu, walaupun setengah kepimpinan PAS mengatakan bahawa tidak ada kerjasama antara PAS dengan UMNO.
Aku yakin ahli PAS kini dalam keadaan yang amat keliru, terutama bagi ahli PAS yang sudah tidak mahu langsung merenggangkan diri dengan parti berkenaan, terutama golongan lama yang sudah amat sebati dengan ‘perjuangan’ PAS. Golongan tua inilah yang merasakan dan berada dalam keadaan serba salah. Di telan mati emak, diuah mati bapak. Bagi golongan muda yang dapat ‘membaca’ tindakan pemimpin PAS kini, sudah mula menjauhkan diri dengan parti berkenaan dan mencari perjuangan yang sesuai menggantikan ‘perjuangan’ PAS.
Sikap yang amat jelas yang diamalkan oleh kepimpinan PAS kini ialah parti ini akan berusaha dan bersungguh ‘bekerjasama’ dengan UMNO (Barisan Nasional), bukan untuk memerintah negara tetapi semacam menampakkan satu usaha bagi memastikan kemenangan BN dalam Pilihanraya ke 14 nanti. Walaupun ‘bermati-matian’ kepimpinan PAS menyatakan yang PAS akan meletakkan ramai calon dalam PRU ke 14 nanti, tetapi pada mata kasarnya PAS tidak akan dapat menawan kawasan dan memenagi kerusi yang dipertandingkan. Tindakan PAS itu semacam hanya semata-mata untuk mengabui mata ahli PAS yang masih ada ‘berjuang’ bersamanya.
Telah terbukti bahawa sekiranya ada pertandingan tiga penjuru maka kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional. Kebiasaannya begitulah. Mungkin dalam PRU ke 14 kedudukan akan berubah kepada Pakatan Harapan. Namun PAS tetap akan ‘diketepikan’. Dan pastinya juga BN tidak akan bertolak ansur dan memberi peluang kepada parti PAS. Apa yang pernah dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu adalah tepat sekali dan apa yang dikatakan oleh tokoh yang pernah mengalami keadaan sedmiikian seharusnya diikuti oleh pemimpin PAS kini, terutamanya pemimpin muda yang baru ‘tumbuh tanduk’.
Kepimpinan PAS sebenarnya dalam keadaan yang ‘kelam-kabut’ terutama dalam menghadapi ‘akuan bersumpah’ YB Rafizi yang mengatakan ada bukti menunjukkan wang mengalir dari akaun DS Najib ke akaun Dato’ Nasharuddin ( melalui peguam) yang pada suatu ketika dulu adalah Timbalan Presiden PAS dan kini masih menjadi ahli PAS sebagaimana yang dikatakan oleh kepimpinan PAS kini.
Kepimpinan PAS harus bersedia menghadapi ‘ombak’ yang lebih besar di hari muka yang berkemungkinan bersedia untuk ‘merobah pantai’.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan