Home » , » Datuk muda PKR dituduh hari ini, SPRM sita banglo mewah

Datuk muda PKR dituduh hari ini, SPRM sita banglo mewah

Written By Wadah Baru on Jumaat, 21 April 2017 | 10:43 PG

KUALA LUMPUR, 21 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita rumah bernilai RM1.2 juta di ibu negara milik seorang pemimpin PKR berhubung siasatan dakwaan kekayaan luar biasa.

Menurut sumber, rumah itu disita bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Pemimpin itu dijangka dituduh hari ini mengikut Seksyen 32(8)© dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan, menurut sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Khamis lepas, SPRM menahan pemimpin terbabit bagi membantu siasatan.

Pemimpin itu juga dilaporkan memiliki beberapa kereta mewah. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger